ARTIKEL

Kredit gambar orang awam.

Ibu cedera parah, anak maut dalam kemalangan motosikal terbabas, langgar tembok batu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut manakala ibunya cedera parah selepas motosikal mereka terbabas dan melanggar tembok batu di Jalan Song Ban Kheng di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah SAC Helmi Aris berkata pihaknya menerima maklumat kemalangan pada 7.45 pagi.

“Kanak-kanak tersebut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam akibat kecederaan di kepala. Wanita tempatan berusia 30 tahun itu juga mengalami kecederaan pada kepala.

“Seorang kanak-kanak perempuan tujuh tahun mengalami kecederaan ringan dan dirawat di hospital sama, manakala kanak-kanak perempuan lima tahun tidak cedera,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Wanita itu difahamkan dalam perjalanan untuk menghantar dua anaknya ke sekolah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.– BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan