JOHOR BAHRU: Polis menahan ibu kepada dua kanak-kanak yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi kelmarin.
Wanita warga asing berusia 37 tahun itu ditahan di kawasan Tampoi bagi membantu siasatan.
Polis memaklumkan suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mendapati keputusan negatif.
Menurut Bernama, beberapa saksi turut dipanggil untuk dirakam keterangan, manakala suspek direman selama empat hari bermula semalam.
Kes disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, manakala punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.



