ARTIKEL

Ibu jadi inspirasi utama Gautham bentuk watak wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengarah filem India, Gautham Vasudev Menon menjadikan wanita terdekat dalam kehidupannya, terutama ibunya, sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan watak wanita dalam filem.

Beliau berkata ibu, dua adik-beradik perempuan dan isterinya banyak mempengaruhi cara beliau menulis watak wanita, termasuk dari segi gerak-geri, pertuturan, sikap dan perspektif.

Menurut Bernama, Gautham berkata ibunya juga sering menilai cara watak wanita ditampilkan dalam filem arahannya, termasuk mempersoalkan sudut kamera dalam satu babak filem Kaakha Kaakha.

Beliau berkata watak Maya dalam Kaakha Kaakha, Jessie dalam Vinnaithaandi Varuvaayaa dan Meghna dalam Vaaranam Aayiram turut dibentuk berdasarkan pengaruh wanita dalam kehidupannya.

Konsert “Ondra Renda – 25 Years of GVM” pada 10 Okt di The Arc Galeries akan menampilkan Gautham berkongsi kisah dan inspirasi kreatif di sebalik lagu daripada filem arahannya, selain persembahan Karthik, Shruti Haasan, Sathya Prakash, Saindhavi, Paal Dabba, Blaaze, Haripriya dan Krish, dengan lebih 5,000 peminat dijangka hadir.

BERITA LAIN

FINAS sasar kategori khas filem ASEAN dalam FFM

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berhasrat memperkenalkan kategori khas filem ASEAN dalam Festival Filem Malaysia (FFM) bagi memperluas pengiktirafan festival itu ke

BERITA TERBARU

Futsal TFL: AFA sapu bersih dua kategori Bawah 12 Tahun

SAMARAHAN: Pasukan dari Australia, Australian Futsal Association (AFA), mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya merangkul kejuaraan berganda dalam Kejohanan Futsal TFL Piala Perdana Siri Ke-2 2026