ARTIKEL

Ibu kepada remaja yang lari dari asrama dan mendakwa dibuli, akan buat laporan polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, 14, yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di sini kerana mendakwa tidak tahan dibuli, akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung kejadian yang berlaku kepada anaknya.

Shuhada Jamaludin, 38 berkata pihaknya akan berbuat demikian selepas keadaan anaknya yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, berada dalam keadaan stabil.

“Doktor berkata buat masa ini keadaan anak saya masih belum stabil dan perlukan rehat, selepas dia benar-benar sihat baru saya akan buat laporan polis tentang kejadian buli yang dialami anak saya. Saya mahukan keadilan untuk anak saya.

Buat masa ini saya tidak mahu desak dia untuk bercerita, saya tunggu emosi dan keadaan dia stabil dahulu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut Shuhada anak sulungnya daripada tiga beradik itu sebelum ini itu pernah mengadu dirinya dibuli, namun beliau menganggapnya tidak serius dan memintanya menyelesaikan masalah yang dialami dengan dengan individu berkenaan secara baik.

Bagaimanapun beliau tidak menyangka anaknya tertekan dengan perkara itu sehingga  bertindak nekad melarikan diri dari asrama sekolah pada pukul 3 pagi dalam keadaan sehelai sepinggang sebelum dijumpai dalam keadaan tidak bermaya di pondok menunggu bas di hadapan  Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam semalam.

Ditanya sama ada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ada menghubungi beliau mengenai kejadian berkenaan, Shuhada berkata setakat ini tiada mana-mana individu daripada kementerian berkenaan  menghubunginya.

KPM dalam kenyataannya pada malam ini memaklumkan pihak kementerian sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan kejadian buli berkenaan melibatkan pelajar berkenaan dan akan memastikan perkara itu diselesaikan segera.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Muhammad Daniel   dilaporkan hilang dari kawasan sebuah sekolah di Cheras di sini Khamis lepas, ditemukan dalam keadaan lemah di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam semalam.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU