Ikatan persahabatan kukuh antara kaum di Sarawak – John Sikie

TATAU: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie anak Tayai tidak ketinggalan mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina ke beberapa kediaman ketua masyarakat Tionghua di daerah Tatau.

Antara kediaman yang dikunjungi termasuklah kediaman Penghulu Lim Tcia Hong.

Turut serta semas kunjungan tersebut adalah isteri beliau Datin Melia Gelen, Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Daerah Tatau, Calvin Ligong anak Bujag, Long Jok, Pemancha Gerosen anak Jubin.

Kunjungan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mengucapkan sambutan TBC kepada masyarakat Tionghua yang meraikan, sebaliknya,sebagai bukti wujudnya ikatan persahabatan dan keharmonian kukuh antara kaum dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

John Sikie turut menggesa semua lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang fahaman,agama maupun kaum untuk terus menghargai keharmonian dan perpaduan kaum yang sedia wujud dan terjalin di antara mereka.

Suara Sarawak