ARTIKEL

Bebola daging IKEA, pilihan produk makanan Sweden.

IKEA Kuching dibuka 27 November ini di Pines Mall Batu Kawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: IKEA Kuching akan membuka pintunya secara rasmi pada 27 November 2026 di Pines Mall, Batu Kawa, sekali gus membawa pengalaman membeli-belah di gedung fizikal IKEA di Sarawak buat pertama kali.

Pengarah Runcit Negara, IKEA Malaysia, Takeshi Mura berkata buat pertama kalinya, rakyat Sarawak dapat merasai sendiri pengalaman IKEA di Kuching.

“Tidak kira untuk perubahan kecil atau perancangan kediaman yang lebih menyeluruh, kami mahu reka bentuk, fungsi dan kualiti yang baik dapat dinikmati oleh lebih ramai orang.

“Bagi saya, inilah erti fasa pertumbuhan kami yang seterusnya mendekati masyarakat, memahami keperluan mereka dan menjadikan pengalaman IKEA lebih mudah diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

IKEA Malaysia dalam kenyataan menambah pembukaan ini merupakan satu pencapaian penting dalam pengembangan rangkaian gedung fizikal IKEA Malaysia, selain memperkenalkan gedung berformat kecil pertama IKEA di negara ini.

“Dengan format yang lebih kompak, gedung baharu ini menawarkan sekitar 5,000 produk kelengkapan rumah, khidmat perancangan dan kepakaran kediaman, produk ikonik yang boleh dibawa pulang serta-merta, serta pilihan makanan IKEA dalam format ‘grab-and-go’ yang mudah.

“Lebih penting buat rakyat Sarawak, IKEA Kuching akan menawarkan harga sama bagi barangan dan perkhidmatan IKEA seperti di Semenanjung Malaysia, sekali gus mengukuhkan komitmen syarikat untuk menjadikan kelengkapan rumah yang berkualiti lebih mampu milik dan mudah diakses oleh lebih ramai orang,” katanya lagi.

Walaupun saiz IKEA Kuching berbeza daripada gedung utama di Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan, jelas kenyataan itu pelanggan masih boleh menikmati pengalaman IKEA yang mereka gemari.

Ini katanya termasuk inspirasi kelengkapan rumah dan ruang pameran kepada produk mampu milik, kepakaran perancangan, perkhidmatan serta makanan, semuanya dihimpunkan dalam format yang menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah dan selesa.

Tambah IKEA, kunjungan ke IKEA tidak lengkap tanpa menikmati sajian IKEA Food.

“Selari dengan format gedung yang lebih kompak, IKEA Kuching menawarkan konsep makanan grab-and-go sambil mengekalkan pelbagai menu kegemaran pelanggan.

“Pelanggan boleh menikmati hidangan kegemaran seperti bebola daging IKEA, karipap, hot dog dan aiskrim lembut, selain pilihan produk makanan Sweden yang boleh dibawa pulang,” ujar kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU