ARTIKEL

Kredit: Bernama

Imam Masjid Nabawi Puji Jemaah Haji Negara, Pendirian Teguh Malaysia Dalam Agama – Ahmad Zahid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Imam Masjid an-Nabawi Shaikh Dr Salah Muhammad Al-Budair menzahirkan penghargaan terhadap jemaah Malaysia yang disifatkan sebagai bersantun, beradab serta berdisiplin tinggi dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi sepanjang musim haji.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan kunjungan hormat Shaikh Dr Salah ke atas beliau di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan penuh makna itu, Shaikh Dr Salah turut memuji pendirian Malaysia yang konsisten berpegang kepada manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, yang menjadi teras kepada kestabilan dan keharmonian umat Islam di negara ini.

“Saya mendoakan agar Allah SWT terus memberkati usaha dakwah TYT Shaikh Dr Salah dan mengurniakan kekuatan kepada beliau untuk terus menyebarkan cahaya ilmu kepada umat.

Insya-Allah,” katanya menerusi perkongsian di Facebook. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi