ARTIKEL

Impian diraja, rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IMPIAN Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memandu sendiri di Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak adalah berita baik untuk rakyat wilayah Sarawak dan Sabah.

Mengapa? Ia petanda projek pembinaan lebuh raya sepanjang 1,089 kilometer, bermula dari Telok Melano, Sematan iaitu titik paling selatan Borneo hingga ke Lawas hampir siap.

Dan, selebihnya daripada sepanjang 2,239 kilometer keseluruhan Lebuh Raya Pan Borneo adalah di Sabah.

Bermakna, penantian berpuluh-puluh tahun rakyat di kedua-dua wilayah ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Ketika membaca berita tentang impian Yang di-Pertuan Agong yang dizahirkan baginda dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Kuala Lumpur pada 13 Februari lalu, saya yakin ini juga impian rakyat.

Memetik berita nasional, Sultan Abdullah bertitah: “Menjadi impian beta untuk memandu menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo ini. Khusus untuk beta mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat beta di pedalaman Bumi Kenyalang dan negeri di Bawah Bayu.

“Program kembara ini sedang dirangka oleh Istana Negara dengan kerjasama kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah dan Sarawak,” titah Yang di-Pertuan Agong. Beberapa hari kemudian, kembara diraja ini diumum dijadual diadakan pada September tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, kembara diraja itu diadakan sempena sambutan Hari Malaysia 2023.

Ramai yang gembira dengan impian Yang di-Pertuan Agong.

Begitu banyak berita baik dan manfaat yang akan dibawa melalui kembara diraja ini.

Malah, Yang Berhormat di Sarawak, terutama yang kawasan tadbiran mereka berada di laluan Lebuh Raya Pan Borneo antara orang yang paling gembira.

Rata-rata mereka memaklumkan bahawa kembara diraja itu adalah peluang untuk Yang di-Pertuan Agong serta Permaisuri Agong, unku Aminah Azizah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat baginda yang berada di luar bandar dan pedalaman.

Juga, peluang untuk rakyat di lokasi persinggahan kembara untuk bertemu dengan baginda berdua yang cukup dikenali sebagai keluarga diraja yang begitu berjiwa rakyat.

Pesanan diraja

Sesetengah orang melihat titah untuk kembara diraja ini sebagai titah pesanan, nasihat serta saranan agar lebuh raya ini disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Seorang rakan memberitahu, “Saya suka dengar impian Agong kita.

Pertama, orang Sarawak terutama di luar bandar dapat bersua muka dengan Agong dan Permaisuri Agong.

“Kedua, saya melihat ia sebagai titah nasihat agar penyiapan lebuh raya di negeri kita Sarawak dan Sabah dipercepatkan.

“Jadi, saya pasti Kementerian Kerja Raya akan memastikan kontraktor akan bekerja keras untuk memastikan Yang di-Pertuan Agong dapat memandu dengan selesa di lebuh raya, yang menjadi impian kita lebih 60 tahun lalu,” katanya.

Ini berita baiknya Kembara Diraja ini.

Lebuh raya kita akan segera disiapkan.

Walaupun sudah banyak pakej pembinaan disiapkan dan sudah mula dibuka kepada pengguna, pakej lain juga pasti akan segera disiapkan.

Sebab, sudah lama orang Sarawak terlalu ingin untuk menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo dari selatan ke utara Sarawak, seperti yang akan berlaku dalam kembara diraja kelak.

Lebih 60 tahun menunggu, dan ditambah lagi tempoh sembilan tahun pembinaan (2015 hingga 2024) — disebabkan pertukaran kerajaan dan pandemik Covid-19, ini masa untuk orang Sarawak melunaskan impian sendiri.

“Setakat ini, Pan Borneo banyak dibuka.

Perjalanan dari Kuching ke Sri Aman pun sudah semakin singkat.

“Sekejap jak, dah sampe ke Simanggang.

Cuma ada beberapa tempat belum siap sepenuhnya,” jawab rakan ditanya tentang Lebuh Raya Pan Borneo.

Setiap kali menjelang Aidilfitri dan mana-mana perayaan utama di negeri ini, situasi ini yang selalu ditanya kepada rakan-rakan, terutama yang sering ulang-alik dari Kuching ke bahagian-bahagian lain seperti Sarikei, Sibu, Bintulu dan sebagainya.

“Pan Borneo dah ok ka? Jalan lancar?”

Impian rakyat

Jaringan jalan raya yang baik adalah impian rakyat Sarawak.

Setiap orang anak Sarawak inginkan lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara Selatan di Semenanjung Malaysia.

Jalannya berkualiti, perjalanan lancar dan masa untuk dari satu negeri ke negeri lain juga semakin pendek.

“Ketek ajak, udah sampe ke Sibu,” jelas rakan. Impian berpuluh-puluh tahun ini bukan sekadar impian.

Ia harapan yang membuak-buak rakyat, sekurang-kurangnya dapat memandu sendiri, ataupun menunggang motosikal untuk menjenguk ahli keluarga yang berada di bahagian lain.

Jadi, akan ada pilihan lain selain pengangkutan udara dan laut.

Malah, akan membantu membangkitkan sektor ekonomi di semua bahagian.

Sektor pelancongan juga akan meningkat.

Dengan menggunakan kenderaan sendiri, akan dapat sampai hingga ke lokasi pelancongan menarik di Bumi Kenyalang.

Jadi, titah impian Yang di-Pertuan Agong ini bukan sekadar titah impian.

Ia pesanan kepada kerajaan sekarang agar memastikan projek menyejahterakan rakyat diteruskan.

Baginda bertitah, kerajaan perlu meneruskan projek infrastruktur pengangkutan awam berimpak tinggi bagi meningkatkan ketersambungan dan kemudahsampaian, di samping menjana kesan pengganda yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi.

“Penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia dan lestari terhadap alam sekitar akan terus diberikan fokus.

Usaha tersebut jelas Sultan Abdullah dapat direalisasikan melalui pengangkutan yang optimum serta meningkatkan kesedaran rakyat untuk beralih kepada penggunaan pengangkutan yang bercirikan cekap tenaga dan rendah karbon.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai