India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna.
Kerajaan memutuskan untuk memindahkan eksport bawang daripada kategori bebas kepada larangan sehingga 31 Mac, menurut Direktorat Perdagangan Luar Negeri.
Kenaikan harga makanan di negara paling ramai penduduk dunia itu boleh menjadi isu yang mencetuskan pergolakan politik, terutama menjelang pilihan raya parlimen tahun depan.
Kekurangan bawang yang menjadi bahan utama dalam masakan India selain harganya yang tinggi berpotensi mencetuskan kekecohan dalam politik India.






