ARTIKEL

Bekas anggota ISIS dan JI di Poso melafazkan ikrar taat setia kepada NKRI di Mapolres Poso, Indonesia, baru-baru ini. - Foto: Heri Susanto/Liputan6

Indonesia umum pembubaran JI di Solo, bekas anggota angkat sumpah taat setia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA, Indonesia: Badan Nasional Anti-Keganasan (BNPT) Indonesia dan Pasukan Khusus 88 Anti-Pengganas (Densus 88) Polis mengadakan deklarasi pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Solo, Jawa Tengah. Semalam.

Acara itu menandakan aktiviti ke-45 dan terakhir dalam siri program serupa yang diadakan di seluruh negara, menurut Pesuruhjaya Jeneral Polis BNPT, Eddy Hartono, dalam satu kenyataan.

Bekas anggota JI turut mengangkat Sumpah Taat Setia kepada perpaduan Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan prinsip teras negara seperti Pancasila, demokrasi, dan hak asasi manusia.  

Eddy menekankan kepentingan sokongan berterusan kepada bekas anggota JI, termasuk bimbingan, latihan dan aktiviti seperti wawasan kebangsaan dan keusahawanan.  

“Ini akan membolehkan mereka hidup aman dan harmoni dalam masyarakat kita yang berbilang budaya,” katanya semasa acara yang diadakan di Dewan Konvensyen, Terminal Tirtonadi. 

Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menerima bekas anggota JI, sambil menegaskan kepentingan pendekatan lembut dalam program seumpama itu.  

Deklarasi itu turut disambut baik oleh bekas anggota JI, Siswanto, yang menyeru agar semua tindakan pelampau dihentikan.

Listyo menjelaskan bahawa proses ini, yang bermula dengan deklarasi pertama pada 30 Jun 2024, kini mencapai aktiviti ke-45.

Beliau berharap ia menjadi langkah terakhir ke arah integrasi penuh dengan negara dan masyarakat, sekali gus menghapuskan ekstremisme.  

“Kami juga berharap mereka yang masih di luar sana akan segera menyedari keperluan untuk bergabung dengan kami,” katanya.  

JI, yang ditubuhkan pada awal 1990-an dengan matlamat mewujudkan ‘negara Islam’ di Asia Tenggara, terkenal kerana terlibat dalam insiden pengeboman maut di Bali pada 12 Oktober 2002. – BERNAMA (Mohd Iswandi Kasan Anuar)

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk