ARTIKEL

Industri Muzik Sarawak mampu pergi lebih jauh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JIKA DI SEMENANJUNG MALAYSIA ada lagu dialek tempatan popular seperti dari Negeri Sembilan, Kelantan dan sebagainya, tidak ketinggalan Sarawak turut aktif menempah nama dalam industri kreatif muzik.

Persoalannya, sejauh mana keupayaan dan daya tahan artis Sarawak dalam industri muzik terutama dalam memperkenalkan dialek tempatan?

Dalam membicarakan soal ini, Suara Sarawak menemu bual komposer muzik Sarawak, Abdul Latiff Poli, 60, yang mempunyai pengalaman luas dalam industri muzik di Bumi Kenyalang.

Berkongsi pandangan, beliau menjelaskan, industri muzik di Sarawak tidak seimbang dari segi muzik etnik.

“Kita sedar dan tahu bahawa muzik untuk lagu bahasa Melayu terlalu banyak, tetapi ia perlu diseimbangkan.

“Contohnya, industri muzik Iban berkembang saban tahun, malah memiliki carta lagu tersendiri.

Begitu juga Melanau yang mempunyai Anugerah Juara Lagu Melanau.

“Namun, pernahkah kita terfi kir.

Setakat manakah lagu kita di peringkat tempatan ini memiliki daya saingan di peringkat nasional atau global?” soalnya.

BERITA LAIN

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke

BERITA TERBARU