ARTIKEL

Ingin kasih sayang ibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KASIH sayang seorang ibu secara tidak langsung membentuk perkembangan mental dan fi zikal individu.

Kasih sayang ibu memberikan rasa aman dan keselesaan, membantu serta membangun keyakinan diri anak dalam menguruskan emosi dengan baik.

Selain itu, kasih sayang juga menggalakkan pembelajaran dan pertumbuhan positif, membantu mereka mengatasi cabaran dan kekecewaan dalam kehidupan.

Namun, buku ini menceritakan luahan si anak kepada ibunya dan kepentingan hubungan ibu dan anak dalam membentuk mental dan fi zikal yang baik.

Mimi Azlina Razali atau Mama Mimi melalui buku bertajuk Ibu, kami perlukanmu merupakan buku tentang luahan si anak yang mendambakan kasih sayang seorang ibu.

Selain itu, buku ini juga berkisar tentang kasih dan rindu terhadap ibu yang berkorban masa, tenaga setiap hari untuk melangsungkan hidup.

Buku ini adalah lontaran perasaan seorang anak buat ibu yang inginkan sentuhan kasih sayang.

Kita biasa dengar kisah perasaan dan pengalaman emosional seorang ibu, namun jarang kita mendengar atau memperhatikan luahan hati anak yang perlukan ibu.

Anak-anak juga memiliki hak untuk mengungkapkan perasaan, keinginan dan keperluan mereka kepada sosok seorang perempuan yang bergelar ibu.

Buku ini bukan sekadar menyuarakan kekurangan atau keburukan seorang ibu semata-mata.

Dalam buku ini menyatakan satu tanggungjawab yang paling besar sebagai seorang ibu iaitu memberi kasih sayang buat si anak.

Anak ialah fi trah suci yang dicorakkan oleh kasih sayang seorang ibu.

Betapa ramai anak yang kita lihat pada hari ini, dengan jiwa kosong sehingga menyebabkan musnah akhlaknya, rosak agamanya dek kerana ketiadaan sosok ibu yang mengasihinya tanpa didikan agama.

SENTIASA DIMARAHI

Sentiasa dimarahi merupakan tajuk kecil dalam buku ini yang menyatakan penulis mencuba untuk mencari kasih sayang yang dapat mengisi jiwanya, namun ia hanya sia-sia kerana penulis berasa tidak mampu mencari sesuatu di luar untuk menggantikan kasih sayang ibu.

Setiap halaman mengungkapkan inti hubungan anak dengan ibu.

Karya ini tidak hanya menyentuh hati, tetapi juga mengajak pembaca merenung tentang betapa pentingnya kasih sayang dan peranan sebagai ibu.

Pengalaman yang dialami oleh anak-anak ini digambarkan dengan cara yang menyayat hati.

Kita dapat merasakan keinginan mendalam mereka untuk mendapat perhatian, meraih kasih sayang dan rasa syukur mereka atas segala pengorbanan yang dilakukan ibu.

PERBANDINGAN

Bab Asyik Dibandingkan menceritakan tentang si ibu yang suka membandingkan anaknya dengan individu lain.

Si anak ingin membanggakan ibunya dengan kelebihannya sendiri.

Bagi si anak, dirinya gagal selamanya kerana tidak dapat perhatian dan kasih sayang.

Dalam buku setebal 112 ini, gaya penceritaan sangat menyentuh hati mengungkapkan perasaan anak secara jujur dan terbuka serta menyentuh makna sebuah keluarga dan kasih sayang.

Setiap cerita yang disampaikan dalam buku ini tidak hanya membangkitkan simpati, tetapi juga memberi inspirasi untuk lebih menghargai peranan ibu dalam kehidupan.

Buku ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin menjelajah bentuk hubungan antara anak dengan ibu.

BERITA LAIN

Berdamai dengan luka kehidupan

Tajuk: Catatan Hidup Seorang Perempuan yang Hampir Berputus Asa Penulis: Arlina Arshad Penerbit: IMAN Publication Jumlah halaman: 178 muka surat Catatan Hidup Seorang Perempuan yang

Bukan sekadar kisah cinta

Judul buku: Kita Cuma Kawan, Kan? Penulis: Auni Zainal Tahun terbit: 2024 Jumlah muka surat: 544 Harga: Rm34.00 Pengulas: Prisca Robin  Setebal 544 muka surat,

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan