ARTIKEL

Inovasi gula apong Pusa harumkan nama PMBS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Projek keusahawanan sosial berasaskan gula apong mengharumkan nama Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) apabila meraih lima pengiktirafan peringkat kebangsaan menerusi pertandingan PolyCC National Venture Velocity 2026 (NVV2026) di Kelantan, baru-baru ini.

Kejayaan itu diraih menerusi projek Borneo Legacy: Emas Pusa Gula Apong Premium yang diwakili dua penuntut PMBS, Muhamad Haziq Haiqal Wasli dan Muhammad Irfan Mukhzani Marzuki.

TETAMU utama bergambar bersama Emilyn, Haziq Haiqal dan Irfan Mukhzani di tapak pameran projek keusahawanan sosial Borneo Legacy: Emas Pusa Gula Apong Premium pada pertandingan PolyCC NVV2026 di Kelantan.

Dalam kenyataan hari ini, PMBS memaklumkan projek berkenaan meraih gelaran johan bagi kategori SE Pitch Battle dan SE Project Insight, selain naib johan kategori SE Money Matters.

“Lebih membanggakan, projek tersebut turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Projek Terbaik (Best SE Project) serta Anugerah Khas INSKEN, sekali gus melengkapkan lima pengiktirafan yang diraih PMBS pada peringkat kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

Projek berkenaan mengetengahkan produk berasaskan gula apong tempatan, selain memberi penekanan kepada pembangunan keusahawanan sosial dan usaha memperkasa komuniti pengusaha gula apong di Kampung Tambak, Pusa.

Inisiatif itu mengetengahkan potensi gula apong sebagai produk tempatan yang mempunyai nilai komersial, selain berupaya meningkatkan pendapatan dan merangsang pembangunan ekonomi komuniti setempat.

Kejayaan itu turut membuktikan keupayaan penuntut PMBS mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran keusahawanan menerusi projek yang menggabungkan inovasi produk, pengurusan perniagaan dan tanggungjawab sosial.

Pencapaian berkenaan hasil usaha serta komitmen kedua-dua penuntut, selain bimbingan mentor projek, Emilyn Nojen yang memainkan peranan penting sepanjang persediaan dan penyertaan dalam pertandingan itu.

Kejayaan meraih lima pengiktirafan itu turut mengukuhkan reputasi PMBS sebagai institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang melahirkan graduan berdaya saing, inovatif serta memiliki semangat keusahawanan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

679 PPS dikenal pasti hadapi Monsun Timur Laut

KUCHING: Sebanyak 679 pusat pemindahan sementara (PPS) dikenal pasti di seluruh Sarawak sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), selain penyediaan pangkalan hadapan bagi memastikan

PUBG Mobile sah acara berpingat Sukan SEA 2027

KUCHING: Peminat e-sukan bakal menyaksikan persaingan jaguh Asia Tenggara apabila PUBG Mobile disahkan sebagai salah satu acara berpingat pada Sukan SEA Ke-34 Malaysia 2027 yang