ARTIKEL

Tangkap layar FB Peraktastic.

Insiden selisih faham di Taiping, polis minta saksi tampil bantu siasatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH, Perak: Orang awam yang menyaksikan insiden perselisihan faham di pesta mainan di Simpang, dekat Taiping, yang tular sebelum ini diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. 

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail, dalam kenyataan malam tadi berkata ia termasuk pemilik akaun Facebook ‘Kelvin Lim’ bagi melengkapkan siasatan polis terhadap video yang tular itu.

Beliau berkata kira-kira 8 pagi semalam, pihaknya telah mengesan satu klip video berdurasi satu minit dua saat di laman media sosial Facebook yang memaparkan seorang lelaki tempatan selisih faham dengan pekerja di pesta mainan berkenaan selepas anak dan isterinya terjatuh dari alat permainan.

“Ekoran kejadian ini, pihak polis mohon pemilik profile Facebook bernama ‘Kelvin Lim’ dan orang awam yang melihat kejadian tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan memandangkan berlakunya perlakuan jenayah dalam video berkenaan,” katanya.

Justeru, Mohamad Nasir menyeru masyarakat Taiping khususnya untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan