ARTIKEL

Kanvas dan sawar-sawar dipasang di lokasi kejadian oleh anggota bomba.

Insiden tanah runtuh dilaporkan di Kampung Bestari, Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Sebuah insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kampung Bestari di sini hari ini, namun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit segera dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.09 petang.

Anggota bomba sedang memasang kanvas di lokasi runtuhan.

Menurutnya, seramai tiga anggota bomba telah digerakkan ke lokasi bersama sebuah jentera jenis pacuan empat roda, diketuai oleh PBK II (TBBK I) Budiman Salbia.

“Ketika kejadian, penghuni rumah yang terletak berhampiran kawasan runtuhan tidak berada di tempat kejadian.

“Pihak Pejabat Daerah Kapit telah meminta bantuan pihak bomba untuk memasang kanvas di lereng bukit yang mengalami runtuhan bagi mengelakkan risiko tanah runtuh berulang, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba kemudian bertindak segera dengan menjalankan kerja-kerja pemasangan kanvas serta tali sawar-sawar bagi menstabilkan kawasan terjejas.

Beliau berkata, penduduk sekitar turut dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan kejadian bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

Operasi tamat pada jam 3.35 petang tanpa sebarang kejadian tidak diingini, jelasnya.

Pihak berkuasa akan terus memantau keadaan dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku pergerakan tanah susulan.

Rentetan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan berbukit, serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak sebarang tanda-tanda tanah runtuh di kawasan kediaman mereka. 

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.