ARTIKEL

Institusi kewangan wajib jalani simulasi serangan siber setiap tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan keperluan kawal selia supaya institusi kewangan terus memperkukuh pertahanan keselamatan siber, menurut Gabenornya, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Langkah itu susulan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa negara perlu berwaspada terhadap ancaman siber yang kian meningkat dan mendedahkan kelemahan infrastruktur digital kritikal, termasuk sektor kewangan.

Abdul Rasheed memberitahu Bernama bahawa BNM menjangkakan institusi kewangan mengambil pendekatan proaktif dan menyeluruh untuk mencegah insiden serta mengesan dan membendung ancaman dengan segera.

Dokumen dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMT) BNM pula mewajibkan institusi kewangan menjalankan latihan simulasi serangan siber setiap tahun bagi menguji sistem, mengenal pasti kelemahan dan memastikan daya tahan operasi.

Beliau menegaskan bahawa kesiapsiagaan perlu melibatkan semua institusi tanpa mengira saiz, manakala jika berlaku serangan, sistem terjejas perlu diasingkan dan operasi dalam talian tertentu mungkin digantung sementara supaya perkhidmatan pulih dengan gangguan minimum serta maklumat pelanggan terus dilindungi seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

100 unit rumah SPK dibina di Samariang Batu

KUCHING: Seramai 100 keluarga di Samariang Batu bakal mendapat manfaat menerusi pembinaan rumah mampu milik di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK), sekali gus membuka peluang

BERITA TERBARU

Lawan di Sarawak

DI Putrajaya, GPS dan PKR boleh duduk semeja membincangkan urusan negara. Di Sarawak, kedua-duanya boleh berdiri di pentas ceramah yang berlainan dan meminta undi daripada