ARTIKEL

Kim Pan Gon tegas pemain perlu hormati lawan ketika rai jaringan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Setiap pemain perlu menghormati pihak lawan ketika meraikan jaringan, walau apa pun keputusan perlawanan, demi memastikan semangat kesukanan terus terpelihara dalam bola sepak profesional.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon, menegaskan perkara itu susulan kekecohan yang tercetus selepas jaringan kedua Kuching City FC ketika pasukannya tewas 0-2 dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2026/2027 di Stadium Taha Ariffin, malam tadi.

“Pemain boleh menjaringkan gol dan meraikan kejayaan, tetapi tidak sepatutnya menghampiri bangku simpanan lawan untuk berdepan dengan ketua jurulatih.

Kim Pan Gon pada sidang media selepas aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kuching City FC di Stadium Taha Ariffin, malam tadi.

“Dalam bola sepak, kita boleh menang atau kalah, tetapi semangat kesukanan dan rasa hormat terhadap pihak lawan mesti diutamakan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

Menurut Kim, pemain Kuching City, Nazmi Faiz Mansor didakwa menghampiri kawasan bangku simpanan Selangor secara agresif sehingga pemain dan pegawai pasukannya terpaksa menghalang pemain berkenaan.

“Pemain dan pegawai kami melihat dia datang menghampiri saya, sebab itu mereka cuba melindungi saya.

Kim Pan Gon pada sidang media selepas aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kuching City FC di Stadium Taha Ariffin, malam tadi.

“Jika mereka tidak menghalangnya, saya tidak tahu apa yang mungkin berlaku.

Saya mahu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyiasat insiden ini,” tegasnya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan disiplin terhadap anggota pasukannya yang terlibat dalam kekecohan itu, sambil mendakwa mereka hanya bertindak melindunginya.

“Saya mahu mempertahankan pemain dan pegawai kami.

Pada pandangan saya, mereka tidak sepatutnya menerima kad merah kerana tindakan mereka adalah untuk melindungi saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kim enggan mengulas tentang prestasi pemain, keputusan pengadil mahupun kekalahan Selangor yang menyebabkan pasukannya tersingkir daripada saingan Piala FA.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai perlawanan atau keputusannya.

Anda semua sudah menyaksikan sendiri apa yang berlaku sepanjang perlawanan,” ujarnya.

Pada aksi berkenaan, Kuching City mencatat kemenangan 2-0 hasil sepakan penalti Safawi Rasid pada minit ke-57 dan jaringan sendiri Mukhairi Ajmal pada minit ke-118, sekali gus mara ke final dengan agregat 3-2 selepas tewas 1-2 pada pertemuan pertama.

Kemenangan itu membolehkan skuad The Cats menempah pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala FA yang dijadual berlangsung pada 16 Januari 2027.

BERITA LAIN

100 unit rumah SPK dibina di Samariang Batu

KUCHING: Seramai 100 keluarga di Samariang Batu bakal mendapat manfaat menerusi pembinaan rumah mampu milik di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK), sekali gus membuka peluang

BERITA TERBARU

Belia Satok digalak rebut peluang keusahawanan

KUCHING: Golongan belia di kawasan Satok digalakkan merebut peluang dalam bidang keusahawanan yang menawarkan pelbagai ruang untuk mereka membina perniagaan dan menjana pendapatan sendiri. Timbalan

Politik bukan untuk individu bergerak bersendirian

KUCHING: Golongan belia yang berminat menceburi bidang politik perlu mempunyai semangat berpasukan, sikap rendah diri serta kesediaan berkhidmat kepada masyarakat, bukan bergerak mengikut kepentingan sendiri.