ARTIKEL

Facebook Kementerian Perpaduan Negara

Institusi perpustakaan perlu ditonjolkan sebagai pemangkin kemajuan negara – Aaron Ago

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUNGAI PETANI: Institusi perpustakaan perlu lebih menyerlah dan menonjolkan kepentingannya sebagai pemangkin kepada kemajuan ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan kebudayaan negara.

Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang berkata perpustakaan sebagai gedung ilmu mempunyai peranan yang amat signifikan dalam membangunkan sesebuah negara.

“Kini terdapat 1,076 perpustakaan desa yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah,” katanya.

Aaron Ago berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 dan Baucar Buku Semarak Membaca 2025 yang diadakan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia di sini hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan itu, 506 perpustakaan di bawah seliaan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), manakala 570 lagi di bawah negeri.

“Ini tidak termasuk perpustakaan universiti, perpustakaan awam negeri, perpustakaan di agensi kerajaan dan termasuklah pusat sumber sekolah yang keseluruhannya berjumlah 13,674 buah,” katanya.

Aaron Ago berkata budaya membaca perlu dijadikan sebagai satu gaya hidup dalam kalangan rakyat kerana ia adalah langkah pertama kepada segala kemajuan dan menjadikan manusia lebih berdaya maju serta matang dari segi pemikiran.

Beliau berkata kemajuan negara dan ketamadunan bangsa dapat dikembangkan serta dipertingkatkan jika bangsa itu berfikiran tinggi yang lahir daripada amalan membaca.

“Selari dengan matlamat itu, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi PNM telah melaksanakan 48,686 program galakan membaca pada 2024.

“Sebagai satu usaha berterusan untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat, Kerajaan MADANI menerusi KPN menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 dan Baucar Buku Semarak Membaca sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)