Direka untuk pemain yang menuntut kelajuan pantas, ketepatan tinggi, grafik setaraf PC, pengalaman permainan 2K berkuasa AI serta prestasi deria yang lebih imersif.
KUALA LUMPUR – Pelancaran rasmi iQOO 15 di Malaysia membuka lembaran baharu dalam pasaran peranti berprestasi tinggi apabila telefon pintar ini dibawa khas untuk memenuhi keperluan pemain yang mahukan pengalaman permainan lebih imersif, cekap dan responsif pada setiap masa.
Dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Supercomputing Chip Q3, peranti ini memberikan kuasa pemprosesan yang jauh lebih pantas berbanding generasi terdahulu, sekali gus memastikan kelancaran optimum untuk permainan berat mahupun penggunaan multimedia harian.
Sokongan CPU Qualcomm Oryon generasi ketiga serta GPU yang dipertingkatkan menawarkan peningkatan prestasi ketara yang membolehkan iQOO 15 mengekalkan kestabilan bingkai dan kelajuan pemaparan walaupun menjalankan permainan dengan grafik paling mencabar dalam pasaran.
Gabungan storan UFS 4.1 dan RAM LPDDR5X Ultra Pro pula memastikan pemuatan aplikasi berlaku pada kelajuan yang amat pantas, memberikan kelebihan kepada pemain kompetitif yang memerlukan reaksi segera tanpa sebarang jeda atau gangguan teknikal.
Tiga teras khusus iaitu DA Core, RT Core dan AI Core membolehkan peranti mencapai prestasi pemprosesan setaraf komputer yang menyokong resolusi dinaik taraf, interpolasi bingkai dan kelicinan berterusan untuk permainan popular yang memerlukan kepantasan tinggi.
Teknologi QNSS dan Ray Tracing yang dibangunkan sendiri menawarkan pencahayaan lebih semula jadi, bayang lebih tepat serta visual lebih realistik yang meningkatkan keasyikan bermain, terutama bagi pengguna yang mementingkan kualiti grafik berdefinisi tinggi.
Untuk pemain yang inginkan pengalaman lebih profesional, iQOO 15 menyediakan ciri Bypass Charging, alat rakaman sorotan serta fungsi mirroring dua peranti yang memudahkan penstriman kandungan secara langsung tanpa menjejaskan prestasi permainan.
Bagi meningkatkan interaksi deria, motor getaran paksi X dan Z memberikan maklum balas yang lebih halus, manakala sistem audio HyperSense menghasilkan bunyi lebih kuat dan tepat yang membantu pemain memahami pergerakan lawan melalui audio arah.
Skrin Samsung 2K M14 LEAD AMOLED yang digunakan menawarkan kecerahan setinggi 6,000 nits dan liputan warna meluas, menjadikan paparan kelihatan lebih jelas dan terang walaupun berada di persekitaran cahaya kuat atau ketika menonton kandungan gelap.
Dengan sokongan pelindung mata TÜV Rheinland dan teknologi Polarization-Free Natural Light, pengguna dapat menikmati paparan lebih selesa untuk tempoh lama tanpa keletihan visual, sekali gus sesuai untuk sesi permainan berjam-jam.

iQOO 15 turut diperkenalkan sebagai peranti pertama menampilkan OriginOS 6 yang menawarkan pengalaman navigasi lebih pintar, responsif dan stabil dengan optimasi jangka panjang sehingga lima tahun melalui enjin Origin Smooth Engine yang dipertingkatkan.
Antara ciri yang memudahkan urusan harian termasuk Copy & Go serta Drag & Go yang mempercepatkan perpindahan fail dan kandungan, manakala One-tap Transfer menjadikan integrasi dengan iPhone atau Mac lebih mudah tanpa konfigurasi rumit.
Peranti ini juga telah membuktikan keupayaannya apabila dipilih sebagai Telefon Pintar Rasmi IESF World Esports Championship 2025, menampilkan aksinya dalam pertandingan sebenar yang melibatkan pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang dari seluruh dunia.

Kerjasama strategik bersama pasukan Honor of Kings Malaysia di bawah NOVA pula memperkukuh peranan iQOO dalam arena esports tempatan, menunjukkan komitmen jenama tersebut untuk terus menyokong pembangunan bakat pemain kompetitif negara.
iQOO 15 kini boleh didapati secara dalam talian iaitu menerusi Shopee, Lazada dan TikTok Shop pada harga bermula RM3,699 dengan pilihan warna ZEN dan Legend.
Dengan gabungan kuasa pemprosesan tinggi, skrin berkualiti premium, sokongan teknologi grafik canggih dan ciri profesional untuk pemain tegar, iQOO 15 muncul sebagai pilihan terbaik bagi mereka yang mengutamakan prestasi sebenar dalam arena permainan mudah alih.

Dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Supercomputing Chip Q3, iQOO 15 memberikan kuasa pemprosesan yang jauh lebih pantas berbanding generasi terdahulu.



