PBB: Wakil Iran ke PBB, Amir Saeid Iravani mengatakan kepada Dewan Keselamatan pada Ahad bahawa tindakan Iran menyerang Israel hanya sebagai membela diri.
Memetik AFP, Iran mengatakan ia menggunakan “hak untuk membela diri” dalam serangan tersebut yang belum pernah berlaku.
Wakil Iran menuding bahawa Dewan Keselamatan gagal menjaga perdamaian dan keamanan antarabangsa dalam isu Israel menyerang konsulat Iran di Damascus awal April lepas.
Teheran mengaku “tiada pilihan” walaupun Iran. “tidak menginginkan perang,” namun sedia bertindak balas ke atas “ancaman atau agresi apa pun.”






