ARTIKEL

Ismail Lasim terima ucapan tahniah sempena pelantikan Menteri Besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan anggota Jemaah Menteri merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata kepercayaan yang diberikan kepada Ismail merupakan satu amanah besar dan beliau yakin tanggungjawab itu akan dipikul sebaiknya demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri.

Beliau turut berharap Negeri Sembilan terus maju menerusi semangat Hebatkan Semula Negeri Sembilan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula berkata kepercayaan rakyat yang diterima kepimpinan baharu adalah tanggungjawab besar untuk meneruskan pembangunan negeri seperti dilapor Bernama.

Beliau mendoakan agar Ismail dikurniakan kekuatan, hikmah dan petunjuk dalam memimpin Negeri Sembilan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri.

Sementara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyifatkan pelantikan Ismail sebagai detik penting dalam usaha menerajui Negeri Sembilan ke fasa baharu. Beliau berharap Ismail diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan dipermudah segala urusan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Terdahulu, Ismail, 67, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Beliau mula menjadi wakil rakyat pada 1999, dilantik sebagai Exco negeri pada 2004 dan berkhidmat selama tiga penggal berturut-turut hingga 2018 dengan memegang portfolio pendidikan serta pembangunan modal insan.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya