ARTIKEL

Penduduk Palestin berjalan melewati sebuah pusat UNRWA, di Bandar Gaza, 20 Mei 2025. REUTERS/Mahmoud Issa | Bernama

Israel gunakan kebuluran sebagai senjata perang terhadap penduduk Gaza termasuk sejuta kanak-kanak – UNRWA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) sekali lagi mendakwa pihak berkuasa Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata perang terhadap penduduk awam Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menerusi kenyataan di platform X pada Ahad, UNRWA berkata: “Pihak berkuasa Israel sedang membuat penduduk awam di Gaza kebuluran. Termasuk dalam kalangan mereka adalah sejuta kanak-kanak.”

Agensi itu mengulangi gesaan mendesak supaya sekatan Israel dihentikan serta-merta, dengan menyeru: “Akhiri sekatan: benarkan UNRWA membawa masuk makanan dan ubat-ubatan.”

Meskipun terdapat kewajipan undang-undang antarabangsa untuk melindungi orang awam dan membenarkan penghantaran bantuan, Israel terus mengenakan sekatan menyeluruh ke atas Gaza sejak 2 Mac, termasuk mengebom konvoi bantuan, menyekat lintasan sempadan, dan menyasarkan lokasi pengagihan bantuan — tindakan yang dikecam secara meluas sebagai hukuman kolektif dan berpotensi menjadi jenayah perang.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, puluhan kanak-kanak telah meninggal dunia akibat kebuluran dan penyahhidratan, manakala ratusan ribu lagi berhadapan risiko tinggi susulan krisis kekurangan makanan yang bertambah buruk dan lumpuhnya sistem penjagaan kesihatan.

Pada Sabtu sahaja, serangan Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 136 penduduk Palestin, termasuk 38 individu yang sedang menunggu bantuan serta tiga kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan yang teruk, menurut sumber rasmi Palestin. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

808 penerima terima lesen motosikal B2 di Padawan

PADAWAN: Bantuan mendapatkan lesen motosikal pada kos minimum membuka lebih banyak peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk bergerak, membantu keluarga dan mendapatkan pekerjaan. Timbalan Menteri