ARTIKEL

Isu kekurangan guru di SJKC,SJKT bersifat sementara – Fadhlina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Isu kekurangan guru yang sedang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah bersifat sementara, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Katanya, kementerian memberi perhatian serius terhadap masalah yang sedang berlaku di semua jenis sekolah itu termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan strategi bagi mengatasinya isu dilakukan secara jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk.

Menurutnya, ia termasuk menerusi lantikan Guru Kontrak Perkhidmatan (COS), Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

“Keperluan guru baharu sekolah rendah direncana berdasarkan kepada kekosongan perjawatan mengikut opsyen serta guru masuk dan keluar daripada sistem mengikut opsyen keluaran latihan PISMP dan pengambilannya dilakukan secara berterusan.

“Ia bagi mengisi kekosongan di semua jenis sekolah melibatkan semua opsyen mata pelajaran termasuk Bahasa Cina dan Bahasa Tamil,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Isu itu juga, katanya, telah dibincangkan dalam beberapa sesi libat urus hala tuju pendidikan bersama SJKC dan SJKT sepanjang tahun ini bagi memastikan kebimbangan setiap pemegang taruh ditangani dengan wajar.

Dalam hal itu, Fadhlina berkata kementerian telah melaksanakan semakan daftar opsyen melalui proses penandaan opsyenguru opsyen Bahasa Cina di semua sekolah dengan setiap proses berkenaan unjuran guru dilaksanakan dengan teliti bersandarkan kepada data yang telah disahkan serta menerusi sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.

Beliau berkata intervensi itu penting bagi memastikan hanya data rasmi dan tepat yang dijadikan rujukan berkaitan unjuran kekurangan guru bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Kementerian bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan isu kekurangan guru di semua jenis sekolah dapat diatasi, katanya.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil