ARTIKEL

Jadikan bidang pertanian sumber ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Bidang pertanian kini menjadi salah satu sumber pendapatan lumayan kepada usahawan dan petani terutamanya golongan muda.

Menteri Pengangkutan yang juga Adun Senadin Datuk Lee Kim Shin berkata, lebih separuh daripada usahawan yang mengikuti Karnival Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) & Industri Asas Tani ialah golongan belia.

“Ini adalah satu perkara kita ingin lihat belia. Melalui program seperti ini, ramai belia akan menceburi bidang pertanian dan industri asas tani,” katanya.

Kim Shin berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Karnival JTDL & Industri Asas Tani di Bintang Megamall disini, semalam.

Tambahnya, ia satu cara untuk mempertingkatkan lagi cara membuat pembungkusan dan perlabelan.

UNTUNG BESAR…Kim Shin pada pelancaran Karnival Jualan
Terus Dari Ladang anjuran Fama di Bintang Mall, Miri semalam. Foto GHAZALI BUJANG

“Cara mempamerkan barangan merupakan satu aspek penting dalam pemasaran produk.

“Malah ia boleh mempertingkatkan promosi dan jualan produk usahawan berkenaan,” jelasnya.

Selain itu kata Kim Shin, program seperti JTDL ini mampu mengeluarkan produk tempatan.

“Dengan itu, kita boleh mengeksport produk tersebut untuk menjana pendapatan kepada usahawan dan negeri.

“Pemasaran baharu dan moden sekarang seperti mempromosi produk dalam talian menggalakkan aktiviti jualan produk usahawan.

“Oleh itu, saya berharap agar Fama dan semua jabatan pertanian dapat mengeluarkan lebih banyak produk keluaran tempatan untuk diimport dan eksport ke negara ini,” katanya.

Semalam beliau juga merasmikan Jualan Happy Hour dalam Karnival JDTL dan Industri Asas Tani seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada 35 gerai peserta yang terlibat di Bintang Megamall, Miri.

Turut diadakan semalam adalah pelancaran produk tempatan, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan makan burger dan sebagainya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan