ARTIKEL

Abang Johari melakukan simbolik Projek Rakyat Tebingan Sungai Selangau dan Bangunan Pejabat Daerah Selangau, hari ini.

Jadikan Selangau pengeluar kopi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu menjadikan daerah ini sebagai antara pengeluar kopi pada masa depan.

Justeru, beliau berkata akan meminta Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom untuk memberikan insentif bagi memulakan projek penanaman kopi itu.

“Saya tertarik tentang kopi Selangau, jadi kita cuba tanam kopi di sini…dana permulaan akan diberikan oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Projek Rakyat Tebingan Sungai Selangau dan Bangunan Pejabat Daerah Selangau, hari ini.

Pada masa sama, Abang Johari berkata penanaman kopi itu juga harus menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) agar hasilnya lebih baik dan berkualiti.

“Kalau kopi, kita perlu tahu jenis apakah yang sesuai dengan kawasan dan cuaca di sini.

“Jadi kita perlu menggunakan teknologi AI untuk mengambil data mengenainya,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Pertanian dan ketua-ketua masyarakat dalam mempromosikan penanaman kopi.

“Buat masa ini, kami masih di peringkat awal iaitu mengagihkan benih-benih kopi jenis Liberica kepada penduduk rumah panjang yang berminat mencuba untuk menanam kopi,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan