PADA 5 September lalu akhbar ini melaporkan “Sampah berselerak di Lebuh Raya Pan Borneo”.
Tinjauan Suara Sarawak mendapati kawasan Pusingan P. Batu 18 laluan Bintulu-Miri dilimpahi pelbagai jenis sampah seperti botol plastik, bekas makanan, bungkusan minuman dan sisa domestik yang dibuang di bahu jalan, serta kawasan persinggahan.
Ada banyak lagi kawasan.
sepanjang lebuh raya dicemari sampah sarap, mencemari pemandangan lebuh raya.
Yang pasti, masih ada yang mengabaikan “Kempen Jum Jaga Pan Borneo Bait-Bait” yang dilancarkan lebih setahun. lalu.
Malah mungkin juga ramal yang tidak tahu tentang kempen tersebut.
Rakyat Sarawak sepatutnya berasa bertuah kerana mempunyai lebuh raya cantik dari titik paling selatan Kepulauan Borneo, Telok Melano, Sematan, hingga Lawas, sepanjang 1,112 kilometer.
Projek mega ini dibawakan. oleh Barisan National (BN) di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 31 Mac 2015, dengan peruntukan mencecah RM14.2 bilion.
Selain merentasi segenap penjuru Bumi Kenyalang, serta Negeri di Bawah Bayu (Sabah), la juga menghubungkan rangkaian jalan raya di Kalimantan, Indonesia, dikenali sebagai Lebuh Raya Trans-Kalimatnan, jajaran yang menghubungkan pekan Tebedu dengan bandar raya Pontianak.
la turut mencipta sejarah sebagai projek lebuh raya empat lorong Kategori R5 pertama. dibina tanpa tol.
Jalan raya mega ini merangsang pembangunan setempat, sekali gus meningkatkan sosioekonomi rakyat, termasuk melalui kewujudan banyak bandar baharu sepanjang lebuh raya, serta sektor pelancongan.
la membawa satu ledakan perubahan yang cukup besar kepada Sarawak, bukan hanya dalam konteks pembangunan, bahkan sektor ekonomi rakyat jelata.
Bumi Kenyalang yang mempunyai keluasan sekitar 124,450 kilometer persegi, merangkumi 90 peratus keluasan Semenanjung juga boleh berbangga dengan siapnya 18 jambatan utama, yang menghubungkan hampir segenap pelosok Sarawak.
Dari selatan hingga utara, yang yang suatu ketika dahulu mustahil untuk dihubungkan dengan jalan darat
75% kini menjadi kenyataan.
Sarawak yang mempunyai 40 lembangan sungai utama, dan ratusan sungai kecil, sangat memerlukan. jambatan sebagai penghubung untuk melancarakan aktiviti harian penduduk di kawasan luar bandar, terutama dalam urusan ekonomi.
Batang Rajang sejauh 770 kilometer merupakan sungai terpanjang di Malaysia, mengatasi Sungai Kinabatangan, Sabah (560) km), dan Sungai Pahang (459 km).
Jambatan Batang Lupar 1 yang bernilai RM848 juta, sepanjang 4.8 kilometer kini menjadi kemegahan Sarawak, sebagai jambatan merentas sungai terpanjang di Malaysia.
Pembinaan jambatan adalah pelengkap kepada Lebuh Raya Pan Borneo.
Sebagai tanda kesyukuran, kita harus menjaganya dengan baik, tidak perlulah memotong rumput di tepi jalan atau menampung lubang. tetapi memadai dengan tidak membuang sampah merata-mata sepanjang laluan, walaupun sampah sekecil pembalut gula-
gula.
Bayangkan jika 10,000 pengguna membuang pembalut gula-gula di tepi jalan, Inikan pula botol plastik atau bekas makanan. yang boleh menjadi ‘bukit’ jika kesemua 10,000 pengguna tidak bertanggungjawab.
Hakikatnya, kebersihan bermula dari rumah.
Sebanyak mana pun kempen tidak akan membawa sebarang makna jika individu sendiri tidak berubah, malah menganggap menjaga kebersihan awam adalah tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata.
Ada juga yang berpendapat, sektor korporat harus memainkan peranan, untuk menjadi contoh kepada masyarakat.
Misalnya menganjurkan program gotong-royong mengutip sampah di Lebuh Raya Pan Borneo.
Tetapi apa yang berlaku selepas program tamat?
Hakikatnya, kita perlu kembali ke pangkal jalan, bahawa kebersihan bermula dari rumah.
Malah ada yang berpandangan, untuk menilai kebersihan sesebuah keluarga tidak sukar, cuba lihat bagaimana keadaan tandas di dalam rumahnya.
Jika bersih, maka bersihlah rumah tersebut.
Menurut seorang rakan, pada mulanya beliau sendiri yang membersihkan rumah dua tingkat, sambil dibantu isteri.
Katanya, oleh kerana kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka mempunyai masa yang agak terhad, malah ada kalanya, kesibukan mencapai tujuh hari seminggu.
“Kalau dulu kami ada masa sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk membersihkan keseluruhan rumah yang mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam… tetapi sekarang sudah tidak mampu.
Kami terpaksa mengupah orang dua kali sebulan atau sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Upah bergantung kepada skop kerja,”
ujarnya. “Jika keseluruhan rumah, luar dan dalam ia sekitar RM300 ke atas.
Jika dalam sahaja sekitar RM200 ke atas… maklumlah, saya tinggal di kawasan bandar,” katanya.
Realitinya, kebersihan dari rumah akan terbawa-bawa ke luar rumah, begitu juga sebaliknya.
Bagaimamana kita boleh mengharapkan seseorang yang gagal menjaga kebersihan sendiri, untuk menjaga kebersihan orang lain.
Oleh itu pendidikan sivik di setiap sekolah sangat penting, dalam mendidik anak-anak tentang kebersihan.
Mereka perlu dicurahkan ilmu kebersihan seawal usia, untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi.
Apabila besar kelak, mereka akan berasakan bahawa menjaga kebersihan adalah satu tanggungjawab bersama.
Sejak 1 Januari lalu, sesiapa yang membuang sampah di merata-rata di seluruh Malaysia akan dikenakan hukuman tegas, denda maksimum RM2,000 atau Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) selama 12 jam, atau kedua-duanya di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
la termasuk warga asing dan kanak-kanak.
Hukuman khidmat masyarakat melibatkan kerja-kerja membersihkan kawasan awam, mengutip sampah, atau menyapu jalan.
la bukan hukuman semata-mata, tetapi sebagai pengajaran sosial untuk mendidik masyarakat tentang kebersihan dan tanggungjawab sebagai rakyat.
Walaupun hukuman tersebut telah lama dipraktikkan di beberapa buah negara, seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan negara Eropah, namun masih tidak terlambat untuk kita mengikutinya.
Biar lambat, asalkan langsung tidak berbuat apa-apa.
Hakikatnya kesedaran individu yang tinggi tentang kebersihan dalam kalangan masyarakat hari ini sangat penting.
la harus menjadi sebahagian daripada budaya kita, agar menjadi contoh kepada generasi baharu yang bakal mewarisi kehidupan masa depan.



