ARTIKEL

Gambar Hiasan Foto: BH

Jaga makan, aktif bersenam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERDASARKAN tinjauan World Obesity Atlas 2023, masalah obesiti atau kegemukan mampu memberi kesan kepada struktur ekonomi dan sistem kesihatan negara sekiranya tidak dikawal.

Kadar obesiti dewasa negara ini diramal meningkat sebanyak 4.7 peratus setiap tahun sehingga 2035.

Sementara kadar obesiti dalam kalangan kanakkanak pula dijangka mencecah 5.3 peratus setiap tahun dalam tempoh yang sama.

Setakat ini, mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) bagi tahun 2019, untuk kumpulan dewasa negara berusia 18 tahun dan ke atas didapati 19.7 peratus daripadanya berdepan kadar obesiti yang berisiko.

Statistik semasa juga menunjukkan 1.7 juta rakyat Malaysia mempunyai ketiga-tiga risiko hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi manakala 3.4 juta pula mempunyai sekurangkurangnya dua daripada risiko ini.

Mengikut fakta kesihatan, kegemukan adalah satu penyakit kronik yang sedang menular dalam kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya.

Dari sudut yang lebih mudah, obesiti ialah satu keadaan seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian oleh pakar dalam hal yang berkaitan.

Dalam pada itu, lelaki dikatakan obes sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25 peratus manakala wanita pula memiliki lebihan lemak sebanyak 35 peratus.

Suatu ketika dahulu, obesiti dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung namun, berdasarkan penemuan saintifk baharu, masalah kegemukan boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik seperti darah tinggi, diabetes dan kanser jika tidak dicegah.

Perubahan dunia yang semakin mencabar turut mempengaruhi masyarakat apabila perlu menyesuaikan diri dengan cara baharu bukan hanya mengurus keperluan peribadi tetapi juga persekitaran dan alam pekerjaan yang kian bergerak pantas.

Sudah pasti, kesejahteraan mental juga menjadi ‘penyumbang penting’ dalam penjagaan diri seterusnya, kesihatan dan pengurusan berat badan secara konsisten.

Umum maklum pengambilan makanan secara berlebihan merupakan penyumbang utama kepada masalah di samping pengambilan diet yang tinggi kandungan lemak dan gula melebihi daripada jumlah yang diperlukan.

Seseorang yang kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal juga dikenal pasti berisiko terdedah selain faktor usia, jantina, genetik, penyakit dalaman dan pengambilan ubatan tertentu seperti steroid.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang rendah dan makanan yang mengandungi kurang lemak adalah amat penting dalam strategi untuk menurunkan berat badan.

Selain itu, senaman juga memainkan peranan penting bukan sahaja mengubah komposisi badan, tetapi juga mampu menjadikan kehidupan lebih berkualiti.

Mereka yang aktif bersenam dengan konsisten dikatakan mempunyai kadar kematian lebih rendah berbanding sebaliknya.

Senaman didapati berkesan untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf kesihatan terutama ketika usia semakin meningkat.

Malah, amalan positif itu perlu diteruskan dalam usaha mengurangkan risiko penyakit yang lebih berbahaya.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan