MATA merupakan deria penglihatan yang terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap.
Tahukah anda 14 Oktober adalah Hari Penglihatan Sedunia? Penglihatan mata penting untuk menjaga mata kita kerana mata digunakan kita untuk melihat dunia yang indah.
Namun, tidak ramai rakyat yang menjaga mata sihat kerana berasakan masalah penglihatan boleh diselesaikan dengan kaedah moden seperti cermin mata dan pembedahan.
Malah kini untuk menjadikan mata lebih menarik dan cantik, penggunaan kanta mata yang berwarna-warni digunakan sehingga menjadikan mata rosak. Mata merupakan salah satu anggota badan yang cukup berharga, kerana dengan mata kita boleh melihat sekeliling dan dapat melakukan apa sahaja tanpa perlu menggunakan tongkat seperti orang buta.
Oleh itu, menjaga mata sangat penting kepada kita supaya terus sihat, tajam penglihatan, bersih dan cantik. Untuk menjaga mata, kita harus mengamalkan makanan yang nutrisi asam lemak omega-3, lutein, zinc, vitamin C dan E.
Nutrisi ini penting untuk menjaga dan mengelakkan penyakit degenerasi mata dan katarak. Contoh makanan yang baik untuk kesihatan mata ialah sayuran hijau, ikan, telur, kekacang, jeruk, dan tiram.
Selain itu, asap rokok boleh menyebabkan katarak dan menyebabkan saraf mata rosak. Sebab itu, kita perlu menghindari asap rokok atau berhenti merokok demi menjaga kesihatan mata. Ramai yang menyangka menggunakan kaca mata hitam hanya untuk fasyen dan suka-suka.
Tetapi secara khasiatnya kaca mata hitam perlu digunakan untuk melindungi mata daripada sinar ultraviolet. Terlalu banyak paparan sinar ultraviolet akan meningkatkan risiko katarak dan degenerasi makula.
Oleh itu, penting untuk menggunakan kaca mata hitam untuk mencegah hal tersebut. Selain itu, memandang layar ponsel atau komputer terlalu lama, boleh menyebabkan masalah pada mata.
Selain merosakkan mata, masalah lain yang dihadapi daripada memandang layar ponsel atau komputer ialah mata lelah, pandangan kabur, sulit fokus pada benda yang jauh, mata kering dan sakit kepala.
Untuk mencegah hal ini terjadi, istirahatkan mata setiap 20 minit dengan memandang benda yang jauh selama 20 detik. Tanpa mata kita akan menjadi buta dan tidak dapat melihat. Oleh itu, gunakan mata kita sebaik mungkin kerana mata juga boleh membuat dosa.
Tidak ramai daripada kita tahu tentang bertapa pentingnya mata tetapi semua orang sangat sayang kepada mata sebab matalah kita boleh melihat dan menikmati keindahan dunia.