ARTIKEL

Jakim pandang serius usaha promosi buku dorong anak-anak terpengaruh budaya LGBT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Jakim memandang serius sebarang usaha mempromosi buku yang boleh mendorong anak-anak terpengaruh dengan budaya LGBT seperti dipaparkan dalam video tular, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, jabatan itu menerima aduan berkaitan video tular oleh Cordova Media tentang beberapa buku yang didakwa mendorong anak-anak agar terpengaruh dengan LGBT dan penelitian mendapati ia diambil di luar negara.

“Walaupun tiada buku seperti dipaparkan dalam video tersebut di mana-mana kedai buku tempatan, namun Jakim mengambil serius sebarang usaha mempromosi buku berkenaan dalam kalangan masyarakat negara ini khususnya umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU