ARTIKEL

Aini Latip

Jambatan Batang Igan Dibuka 15 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IGAN: Jambatan Batang Igan bakal dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac depan.

Nurulsyafrizan Che Dom

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Penyambungan Akhir Jambatan Batang Igan, hari ini.

Suara Sarawak menemu bual orang awam untuk melihat maklum balas dengan siapnya jambatan tersebut.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Jemoreng, Aini Latip.

“Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana merealisasikan impian kami, warga penduduk di sini. Dengan adanya jambatan ini, pergerakan kami lebih mudah dan cepat. Ia dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat serta mengeratkan silaturahim penduduk di antara kawasan Matu dengan Igan.”

Ketua Pergerakan Pemuda PBB DUN Jemoreng, Kaunselor Nurulsyafrizan Che Dom

Mesaleh Shahdan

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan siapnya Jambatan Igan ini. Bagi golongan belia, tentunya ia meningkatkan sosioekonomi kerana dapat memperluas perniagaan masing-masing. Ia juga memudahkan perjalanan kerana tidak bergantung lagi dengan perkhidmatan feri.”

Pemanca Mesaleh Shahdan.

“Terima kasih Kerajaan Sarawak kerana merealisasikan impian kami penduduk di kawasan ini. Jambatan ini memberi manfaat kepada kami terutamanya dari segi pergerakan.”

Ketua Kaum, Wahidah Yusuf.

“Sekiranya ada jambatan ini kelak, kami tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk ke Mukah. Penduduk kawasan sekitar juga dapat berhubung, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim. Terima kasih Kerajaan Sarawak.”

Wahidah Yusuf

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan