ARTIKEL

Facebook Anwar Ibrahim

Jangan jadikan isu kelemahan ringgit sebagai senjata politik – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan isu kejatuhan nilai ringgit sebagai senjata politik sehingga tidak bersandarkan kepada fakta.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi perkara itu termasuk dengan memperkenalkan kerangka Malaysia MADANI yang bertujuan memperkasa ekonomi negara.


Beliau berkata hasilnya, pada tahun lepas pelaburan mencatatkan jumlah paling tinggi dalam sejarah di sebalik kejatuhan nilai ringgit.


Anwar berkata pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dapat ditangani memandangkan perdagangan Malaysia dengan China, Indonesia dan Thailand menggunakan nilai mata wang tempatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU