ARTIKEL

Jangan leka dan alpa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Walaupun masih mempunyai kebebasan untuk meneruskan rutin harian seperti biasa, ia tidak bermaksud orang di Saratok boleh leka dan alpa, demikian peringatan mesra Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju selepas beberapa kes positif direkodkan.

Katanya, pada Sabtu Saratok mencatatkan tiga kes positif Covid-19.

“Hari ini terdapat penambahan satu kes, sekali gus menukarkan status Saratok daripada zon hijau ke zon kuning.

“Justeru, saya menyeru orang Saratok agar sentiasa menjaga kebersihan dan penjarakan fizikal. Teruskan usaha kita selama ini,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Beliau menggesa individu yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif terkini agar berhubung dengan pihak kesihatan untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Difahamkan, ekoran jangkitan terkini di Daerah Saratok, rumah panjang Sidah dekat Sungai Brangan dikenakan sekatan keluar masuk sejak semalam.

Sementara di Betong, rumah panjang Randi dekat Entanak turut dikenakan sekatan yang sama sejak hari ini.

Bagaimanapun, Betong kembali kuning setelah merekodkan hanya sembilan kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari lalu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau