ARTIKEL

Anggota APM menunjukkan sukatan air banjir yang menenggelamkan Jalan Lukut-Penyulau, Kanowit.

Jangan redah air banjir, elak kejadian tidak diingini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Penduduk di kawasan berisiko banjir diingatkan agar tidak mengambil risiko meredah kawasan yang ditenggelami air, sebaliknya sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie, menegaskan, langkah terbaik ketika banjir adalah berpindah awal ke tempat selamat, terutama pada waktu siang bagi memudahkan proses pemindahan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie

“Jangan cuba meredah air banjir, terutama jika arus deras.

Sebaiknya, berpatah balik dan cari laluan selamat bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, penduduk juga digesa untuk sentiasa peka terhadap maklumat terkini melalui radio, televisyen, dan agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk Bilik Gerakan Banjir Negeri atau daerah terdekat.

Selain itu, beliau turut menasihati penduduk agar semua dokumen penting disimpan di dalam bekas kalis air atau diletakkan di tempat tinggi.

Manakala bekalan makanan dan peralatan kecemasan perlu disediakan secukupnya sebagai langkah persediaan.

Dalam perkembangan berkaitan, hujan berterusan menyebabkan Jalan Lukut-Penyulau, Kanowit dinaiki air, menyukarkan pergerakan kenderaan ringan.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sibu, Mej (PA) Wan Mohd Wan Mohd Badrudin, memaklumkan bahawa air di kawasan tersebut naik hingga 0.30 meter, menyebabkan ia hanya boleh dilalui kenderaan berat dan pacuan empat roda.

Bagaimanapun, hasil tinjauan pada jam 7.20 pagi semalam mendapati paras air menunjukkan trend penurunan, manakala cuaca dilaporkan baik dan keadaan masih terkawal.

Sebagai langkah keselamatan, penduduk dinasihatkan untuk tidak melalui kawasan banjir dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai taburan hujan melalui laman web rasmi Jabatan Meteorologi, portal bencana, atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di