ARTIKEL

Jangan Terpedaya dengan ‘International Justice Malaysia’ PALSU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: International Justice Mission (IJM) Malaysia menegaskan bahawa badan bukan untung itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan entiti bernama “International Justice Malaysia” yang dilaporkan terlibat dalam suatu kes penipuan baru-baru ini.

Menurut kenyataan rasmi IJM Malaysia, organisasi itu menumpukan usaha kepada perlindungan orang awam daripada jenayah pemerdagangan manusia, buruh paksa dan eksploitasi lain.

“IJMMalaysia ialah sebahagian daripada International Justice Mission di peringkat global. IJM Malaysia tidak menyediakan perkhidmatan pemulihan wang dan tidak pernah meminta maklumat peribadi, bayaran atau butiran perbankan melalui media sosial,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa pada 19 November 2025, IJM Malaysia dimaklumkan mengenai kewujudan satu halaman Facebook palsu yang menyamar sebagai organisasi mereka.

“Halaman tersebut telah dilaporkan kepada Meta pada hari sama, dan amaran awam dikeluarkan bagi menasihati orang raman supaya tidak berurusan dengannya. Hasil semakan terkini mendapati halaman Facebook palsu itu telah diturunkan,” tambah kenyataan.

Sebagai langkah seterusnya, IJM Malaysia telah membuat laporan polis bagi merekodkan perbuatan penyamaran itu dan bersedia untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.

Susulan nasihat pihak polis, organisasi itu juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

IJM Malaysia merakamkan penghargaan kepada pihak polis kerana mengetengahkan kes ini bagi meningkatkan kesedaran awam terutamanya mengenai risiko tawaran pelaburan atau pemulihan kerugian melalui media sosial.

“Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang bayaran pendahuluan kepada pihak tidak dikenali selaras dengan misi IJM melindungi masyarakat daripada eksploitasi dan penderaan.

“Selain itu, IJM Malaysia ialah rakan kempen bersama United Nations Office on Drugs and Crime dalam inisiatif kesedaran awam bagi mencegah pemerdagangan orang untuk tujuan jenayah termasuk penipuan secara paksaan,” jelas kenyataan.

Tambah kenyataan, kempen itu bertujuan memberi amaran kepada pencari kerja tentang risiko penipuan pengambilan dan eksploitasi di samping menggalakkan kewaspadaan tinggi serta tanggungjawab platform digital dan portal pekerjaan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Melissa Tiong di mtiong@ijm.org atau +601114206520 serta mengikuti laman sosial IJM Malaysia di Facebook dan Instagram: IJM.Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali