ARTIKEL

Jangan terpedaya dengan pihak yang tidak bertanggung kutip derma untuk Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengutip sumbangan khususnya untuk rakyat Palestin.

Beliau berkata rakyat Malaysia amat terkesan dengan situasi di Palestin ketika ini, namun mereka perlu berhati-hati dalam menyalurkan sumbangan agar tidak tertipu.

“Hati-hati dengan scammer (penipu) yang cuba mengambil kesempatan, kadang-kadang mereka letak gambar Masjid Al-Aqsa, kanak-kanak Palestin tetapi scammer. Saya pohon, kita rakyat Malaysia memang murah hati, mudah bantu orang tapi janganlah sampai tertipu. Duit itu tidak sampai kepada rakyat Palestin.

“Gunakan saluran rasmi dan rujuk kepada pihak berkuasa untuk mengesahkan sama ada tabung itu betul atau tidak,” katanya pada sesi temu bual bersama radio SABAHfm di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital Sabah, di sini semalam.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak.
Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin Khamis lepas, sebagai tanda solidariti bersama rakyat negara itu yang dizalimi.

Dalam pada itu, beliau berkata beberapa isu perlu diselaraskan mengenai penggunaan rangkaian 5G di negara ini yang masih pada tahap rendah, antaranya caj tinggi oleh beberapa syarikat telekomunikasi dilihat membantutkan usaha menarik lebih ramai rakyat menggunakan 5G.

Perkhidmatan 5G yang pantas katanya akan memberi manfaat terutama kepada pihak industri seperti perkilangan, pelabuhan dan pusat pemprosesan serta mengurangkan pembaziran dalam industri.
Fahmi berkata isu di Sabah bagaimanapun bukan melibatkan peralihan rangkaian 4G kepada 5G, sebaliknya mengatasi masalah capaian Internet di negeri itu.

“Kalau boleh saya mahu selesaikan masalah Internet di Sabah dahulu. Itu yang menjadi keutamaan saya kerana ramai yang menyampaikan pandangan termasuk ahli-ahli Parlimen tentang isu yang berlarutan, termasuk dalam warga KKD,” katanya dan menambah beliau akan membincangkan perkara itu dalam kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor semalam.-BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim