ARTIKEL

Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi pada Majlis Penyerahan Alat Perubatan dan Bukan Perubatan di Klinik Kesihatan Buntal.

Jangan tunggu sakit, periksa kesihatan sekarang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Setiap lapisan masyarakat perlu melakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengesan penyakit pada peringkat awal.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ini kerana kebanyakan masyarakat pergi ke klinik atau berjumpa doktor selepas penyakit berada pada tahap kritikal.

Malah menurutnya, penyakit seperti darah tinggi boleh dianggap sebagai pembunuh senyap dan jika menghidap penyakit tersebut segera berjumpa dengan doktor.

“Tekanan darah tinggi boleh jadi pembunuh senyap.

Jangan tunggu sakit baru mahu ke klinik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Alat Perubatan dan Bukan Perubatan di Klinik Kesihatan Buntal, hari ini.

Sebanyak 41 peralatan disumbangkan kepada Klinik Kesihatan Buntal termasuk 13 unit peralatan perubatan seperti lima alat pengukur tekanan darah digital dan empat unit aneroid portable monitor.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, antara punca utama serangan jantung, kerosakan buah pinggang dan strok adalah disebabkan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan laluan khas disediakan di klinik untuk membolehkan orang ramai melakukan ujian asas seperti tekanan darah, paras gula dan kolesterol  tanpa perlu menunggu terlalu lama.

Selain itu, Dr. Abdul Rahman berkata, kesihatan mental juga perlu diberi perhatian dan tidak boleh dipandang ringan.

“Data menunjukkan hampir 30 peratus rakyat berhadapan dengan tekanan atau stres.

Ramai yang tidak sedar dan lebih ramai yang tidak mahu mengaku,” ujarnya.

Beliau menyarankan supaya wujud pusat kaunseling di peringkat komuniti untuk mengesan awal tanda-tanda gangguan mental seperti kemurungan dan PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder) selain menyediakan sokongan awal kepada mereka yang memerlukan.-TVS

BERITA LAIN

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli