ARTIKEL

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Kamil Munim bercakap pada sidang media ketika Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh semalam.

Jaringan akar umbi penting hadapi PRU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Pemimpin yang dilantik perlu membina jaringan kukuh dengan masyarakat di peringkat akar umbi bagi memastikan hubungan dengan rakyat sentiasa terpelihara, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim.

Beliau berkata hubungan rapat dengan masyarakat penting bagi membolehkan pemimpin dan parti menyampaikan naratif yang tepat serta menangkis tanggapan buruk pihak lawan.

Muhammad Kamil berkata persediaan menghadapi pilihan raya tidak seharusnya tertumpu kepada naratif nasional, sebaliknya turut mengambil kira isu dan keperluan masyarakat di peringkat tempatan seperti dilapor Bernama.

Beliau turut menggesa pimpinan tempatan memperbanyak program bersama ahli akar umbi, khususnya anggota baharu, bagi menyemai kefahaman terhadap idealisme, tugas dan tanggungjawab mereka dalam perjuangan parti.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan anggota baharu memahami sebab mereka memilih wadah perjuangan parti serta tidak menyimpang daripada landasan yang ditetapkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU