ARTIKEL

Jasa Siti Hasmah untuk wanita, kanak-kanak terus dikenang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sumbangan dan keprihatinan Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dalam memperjuangkan kebajikan wanita, ibu dan kanak-kanak akan terus dikenang, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, pemergian Allahyarhamah pada 28 September lalu satu kehilangan besar bukan sahaja kepada suaminya, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga, malah kepada negara.

Menurutnya, Allahyarhamah seorang tokoh wanita yang banyak berjasa dalam bidang perubatan, kesihatan awam dan kebajikan masyarakat.

“Justeru, sumbangan serta keprihatinan beliau terhadap kesejahteraan rakyat akan terus dikenang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan Kali Ke-65 di Hotel Pullman Kuching, malam tadi.

Abang Johari menambah, sepanjang hayatnya, Allahyarhamah memperlihatkan ketabahan, kesederhanaan dan semangat pengabdian yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawabnya.

“Beliau bukan sahaja menjadi pendamping setia kepada Tun Dr. Mahathir, malah mempunyai sumbangan tersendiri dalam memperjuangkan kebajikan masyarakat, khususnya golongan wanita, ibu dan kanak-kanak,” ujarnya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut merakamkan ucapan takziah kepada Penasihat Khas PERKIM, Tun Dr. Mahathir serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta.

“Bagi pihak seluruh kepimpinan dan keluarga besar PERKIM, saya mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosa, serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Semoga Tun Dr. Mahathir serta seluruh keluarga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” ujarnya.

Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun sebelum disemadikan dengan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara, Kuala Lumpur.

BERITA LAIN

Membaca semula kehidupan

SETELAH belasan memblarkan buku menghuni rak di rumah saya, mengikut aturan yang semakin saya sendiri kurang fahami dan mengerti, akhimya saya mengeluarkan semuanya untuk disusun

BERITA TERBARU

Hydra FT cipta kejutan, raih tempat ketiga

KUCHING: Hydra FT, satu-satunya wakil dari kawasan Serembu, Bau, menamatkan cabaran Kejohanan Futsal Terbuka Piala Datuk Mohamad Razi Edisi Kelapan 2026 di tempat ketiga di