ARTIKEL

Foto: Instagram

Jason MRAZ sentuh hati peminat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JASON Mraz menghiburkan kira-kira 8,000 peminat menerusi persembahan yang menggabungkan muzik, jenaka dan kisah persahabatan pada konsert Asia Live Tour 2026: Live in Kuala Lumpur di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Membuka tirai konsert dengan lagu You and I Both, penyanyi berasal dari Amerika Syarikat itu mendapat sorakan gemuruh daripada penonton sebelum menyapa mereka dalam bahasa Melayu dengan ucapan “Apa khabar?” dan “Terima kasih”.

Suasana bertukar sayu apabila Mraz mendedikasikan sebuah lagu kepada sahabatnya, Charlie Mingroni, yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

“Saya menulis lagu ini untuk sahabat saya, Charlie.

Kami berasal dari sebuah pekan kecil dan pernah menjalin hubungan dengan individu yang sama.

“Dia menghidap kanser dan pada 4 Julai lalu, dia sekali lagi menyambut ulang tahun kelahirannya.

Ubat sebenar ialah pengalaman yang kita lalui,” katanya.

Suasana kembali rancak apabila Mraz menyampaikan lagu I Feel Like Dancing sambil menari dan memetik gitar, diiringi oleh sekumpulan pemuzik yang dibawanya khas untuk siri jelajah berkenaan.

Beliau turut mencuit hati penonton apabila berkongsi bahawa lagu itu dihasilkan dengan kerjasama beberapa rakannya kira-kira 11 tahun lalu.

“Lagu ini dicipta pada waktu itu apabila kami mendapat inspirasi untuk menari.

Masa muda rasa nak menari, tetapi kini rasa nak duduk sahaja. Malah, kalau boleh, saya nak berbaring,” ujarnya.

Gurauan tersebut disambut dengan gelak tawa penonton, sekali gus menyerlahkan keperibadian Mraz yang santai ketika berinteraksi dengan peminat.

Selepas hampir dua jam menghiburkan penonton menerusi susunan muzik yang pelbagai serta persembahan yang diselang-seli dengan detik ceria dan suasana menyentuh perasaan, Mraz menutup konsert dengan lagu I’m Yours.

Lagu yang sinonim dengan namanya itu disambut dengan penuh keterujaan, sekali gus menjadi penutup yang manis kepada malam yang meraikan muzik dan hubungan istimewa antara penyanyi dengan peminatnya.

BERITA LAIN

RODRIGUEZ tampil dengan nada baharu

Membawa elemen muzik pop Iban kontemporari dengan pendekatan yang lebih segar, penyanyi muda Rodriguez Wan tampil menerusi single terbaharunya, Nadai Endur Mantah, yang mengetengahkan cita

BERITA TERBARU

Sedia gawa seagi diberi mandat

KUCHING: Niat pinchin ulih diperunding baru nyema agi dikeandal parti enggau rayat agi meri mandat ngambi bediri minta pilih ba Pengawa Bepilih Besai (PRU) Sarawak

Asil kraf ngelui RM2 juta

KUCHING: Pengawa nyual produk kraf serimbai Regata Sarawak ngembuan potensyen ngelui RM2 juta taun tu. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang Sarawak, Datuk