ARTIKEL

Jatuh cinta dengan budaya raya Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEMPAT jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat kita menyambut lebaran.

Bagi perantau, beraya di perantauan memberi kenangan manis dalam hidup.

Tentunya semasa Hari Raya Aidilfitri, kita mengimpikan untuk pulang ke kampung halaman masingmasing, berjumpa sanak saudara dan meraikannya bersama-sama.

Namun, disebabkan kekangan dari segi kewangan untuk membeli tiket, tugas dan jarak yang agak jauh, beraya di perantauan menjadi pilihan.

Ini terutamanya terjadi dalam kalangan mereka yang berasal dari Semenanjung dan berkhidmat di Sarawak atau sebaliknya.

Disebabkan kekangan kewangan untuk membeli tiket penerbangan, mereka memilih untuk tidak pulang beraya di kampung. 

Lagipun, suasana Hari Raya Aidilfitri di Sarawak lebih meriah berbanding Hari Raya Aidiladha tetapi sebaliknya bagi rakan kita di Semenanjung.

Menurut Muhammad Amir Faisal Nor Azhar, 25, dari Taiping, Perak pengalaman beraya di Mukah menjadi kenangan manis dan sukar untuk dilupakan.

“Sepanjang 11 tahun menetap di Mukah, saya dan keluarga sudah merai Hari Raya Aidilfitri di sini selama sembilan tahun.

“Pada awalnya, kami memilih untuk beraya di Mukah kerana ingin mengetahui suasana Hari Raya di Mukah. 

“Lama-kelamaan, kami berasa selesa dan dapat bergaul bersama-sama masyarakat di Mukah sebelum mengambil keputusan untuk beraya di sini saja,” katanya kepada Suara Sarawak.

Lebih mesra dikenali sebagai Amir, beliau turut berkongsi bahawa dia berpindah ke Mukah kerana mengikuti ayahnya yang bekerja sebagai tenaga pengajar.

Disebabkan itu, mereka sekeluarga mencari pengalaman untuk beraya di Bumi Kenyalang.

Walaupun sudah berpindah semula ke Semenanjung, Amir memberitahu, kenangan beraya di Mukah sukar untuk dilupakan.

“Saya tidak menyangka rasa ingin mengetahui dan merasai suasana beraya di Mukah menjadi satu pengalaman yang sangat istimewa. 

“Alhamdulillah, kami juga mengenali budaya masyarakat Sarawak yang lain-lain sepanjang beraya di sini,” katanya.

Dedahnya, juadah yang paling diminati semasa Hari Raya semestinya kek lapis kerana ia menjadi kegilaan di Semenanjung.

Apabila mempunyai peluang untuk merasai dan mendapatkannya pada harga yang murah, tentu ia menjadi juadah paling diminati semua ahli keluarga.

Tidak dinafikan, setiap rumah di Mukah pasti menghidangkan kek lapis pada musim perayaan dan ia antara budaya masyarakat Sarawak.

Ujarnya, bukan hanya satu jenis kek lapis disediakan, tetapi pelbagai jenis dihidangkan untuk tetamu di atas satu meja.

“Selain kek lapis, juadah lain yang paling saya minati ialah kelupis dan kuah kacang yang dimasak bersama-sama daging ayam,” jelasnya.

Pada hari biasa, Amir berkongsi beliau meminati laksa Sarawak dan mi kolok.

Namun, sejak berpindah ke Semenanjung, dia dan keluarganya merindui aroma laksa Sarawak kerana ia menjadi makanan kegemaran sepanjang berada di Mukah.

Katanya, agak sukar untuk mendapatkan rasa yang sama seperti di Sarawak jika menikmati hidangan tersebut di luar negeri ini.

Beliau turut berkongsi kenangan manis sepanjang beraya di Mukah dan mengakui bahawa rumah terbuka antara yang unik dilakukan oleh masyarakat di sini.

“Upacara rumah terbuka di Mukah minimumnya selama tujuh hari dan dalam tempoh tersebut mereka akan menerima tetamu.

“Ia merupakan tradisi yang unik kerana menerima tetamu dalam tempoh seminggu beraya.

Bukan itu sahaja, masyarakat di sini juga masih menerima tetamu walaupun jam 12 tengah malam.

“Saya dapat simpulkan, selagi tuan rumah belum menutup pintu atau pagar, tetamu dialu-alukan untuk datang beraya ke rumah mereka,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, katanya menariknya di sini, tradisi mengenakan baju kurung dan baju Melayu lengkap dengan samping serta songkok selama tujuh hari.

Malah, ada yang menggunakannya sepanjang tempoh sebulan beraya dan ia satu pemandangan yang sangat menarik serta unik kerana masing-masing bersemangat menyambut hari lebaran.

Amalan ini sudah menjadi norma masyarakat di sini semasa Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, air gas atau air berkarbonat juga antara yang wajib dihidangkan kepada tetamu semasa musim perayaan dan ini agak berbeza dengan budayanya di Semenanjung.

Amir turut berkongsi bagaimana mereka sekeluarga menyesuaikan diri beraya di Sarawak memandangkan ia agak berlainan dari segi budaya.

“Sifat ramah serta keterbukaan penduduk di Mukah membuatkan saya dan keluarga gembira kerana dapat merasai pengalaman beraya di negeri ini.

“Layanan mereka tetap sama dan tidak menganggap kami sebagai penduduk luar.

“Disebabkan itu, kami sekeluarga menyesuaikan diri dengan mudah dalam suasana perayaan sepanjang di Mukah,” ujarnya.

Menurutnya, apabila Hari Raya, beliau akan mengunjungi rumah rakan dan kawasan kejiranan di Kampung Sungai Ragei kerana mereka pernah menyewa di kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, Amir memberitahu, sekiranya berkesempatan atau mempunyai peluang, beliau akan datang kembali ke Mukah untuk menyambut Hari Raya bersama-sama masyarakat di sini.

“Seperti yang saya katakan, sifat ramah serta keterbukaan mereka menyebabkan kami sekeluarga selesa.

“Ini adalah pengalaman raya yang amat berharga buat kami semua,” tambahnya.

Justeru, Amir berharap agar Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan lebih meriah dan persekitaran yang harmoni.

BERITA LAIN

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

BERITA TERBARU

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

Dua pendam lama di Song disengkubang

SONG: Dua pendam Iban ditu udah disengkubang orang nadai tanggungpengawa ba penusah diripot nyadi kena 20 enggau 22 Mei tu tadi. Tuai Polis Pelilih Song,