ARTIKEL

Jawatankuasa Kebajikan Sukma dan Para Sukma XXI Sarawak 2024, sediakan perkhidmatan psikososial kepada atlet

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak diberi mandat menyelaras Jawatankuasa Kebajikan sempena Sukan Malaysia (Sukma) dan Sukan Para Sukma XXI Sarawak 2024.

Sukma berlangsung pada 17-24 Ogos 2024.

Program Pemerkasaan Kaunselor Sukma dan Para Sukma XXI Sarawak 2024 berlangsung 31 Julai 2024
di Dewan Utama, Wisma Wanita, Kuching

Manakala, Para Sukma berlangsung 22-28 September 2024.

Penyelaras Petugas Kaunselor Jawatankuasa Kebajikan Mastura Arifin dalam kenyataan beliau kepada akhbar menyebut, Jawatankuasa Kebajikan Sukma dan Para Sukma berperanan menyediakan perkhidmatan psikososial kepada atlet sepanjang temasya Sukma berlangsung.

Menurut Mastura, antara perkhidmatan yang diberikan ialah intervensi krisis atau bantuan psikologikal kepada atlet yang memerlukan.

Jawatankuasa Kebajikan ini mempunyai 160 kaunselor Sukma XXI Sarawak 2024 dan 80 kaunselor Para Sukma XXI Sarawak 2024.

Tugas mereka memastikan kesejahteraan emosi dan mental atlet terjamin sepanjang temasya sukan ini berlangsung.

Mastura berkata, petugas kaunselor yang dilantik ditempatkan di One Stop Centre, bagi memudahkan para atlet mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kebajikan.

Petugas Kaunselor mengguna pakai Garis Panduan Petugas Kaunselor Sukma dan Para Sukma XXI Sarawak 2024 yang diubah suai.

“Program Pemerkasaan Petugas Kaunselor Sukma dan Para Sukma XXI Sarawak 2024 diadakan bagi memberi latihan kepada petugas kaunselor agar mereka lebih bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada atlet semasa temasya sukan itu berlangsung nanti, ujar Mastura.

Penceramah jemputan bagi program ini ialah Chong Siew Kian dan Rejina Gasin dari Perbadanan Sukan Sarawak.

Manakala, penceramah lain, Profesor Madya Dr Amalia Madihie dan Dr Janet Ann Fernandez dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Unimas.

Di antara Program Pemerkasaan Petugas Kaunselor Sukma dan Para Sukma XXI Sarawak 2024 yang diadakan ialah Peranan Petugas Kaunselor dan Bantuan Psikologikal.

BERITA LAIN

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli