ARTIKEL

JAZMY JUMA teruja pertama kali jejak kaki ke Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON baharu yang semakin mencuri perhatian, Jazmy Juma, kini tampil dengan projek terbaharunya untuk slot Akasia TV3 berjudul Takdir Cinta Telarang arahan Idora Abdul Rahman.

Menurut Jazmy, watak yang dibawanya kali ini mencabar kerana sarat dengan konfl ik emosi dan pergolakan keluarga. “Watak kali ini memang berat, penuh emosi bercampur aduk sebab keluarga yang berpecahbelah.

“Harapan saya, setiap karya yang saya bawakan dapat memberi pelajaran dan pengajaran kepada penonton,” jelasnya ketika ditemui pada sesi ramah mesra Studio Tonton Drama sempena Karnival Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Pertemuan kali pertama bersama peminat di Bumi Kenyalang nyata meninggalkan kesan mendalam buat Jazmy.

“Saya sangat gembira dan bangga walaupun masa naik ke atas pentas tadi memang gementar sangat.

Tapi bila tengok ramai yang datang beri sokongan, rasa gementar itu bertukar jadi syukur dan terharu.

Tanpa peminat, saya tak mungkin berada di sini,” ujarnya penuh semangat.

Kunjungan dua hari ke Sarawak ini juga menjadi pengalaman pertama buat Jazmy.

Tidak ketinggalan, beliau turut mencuba makanan tempatan yang popular.

“Pagi tadi saya dah makan Mi Kolok, memang sedap! Orang kata Laksa Sarawak lagi sedap, jadi saya tak sabar nak cuba juga sebelum balik,” katanya sambil tersenyum.

Buat peminat Sarawak khususnya, Jazmy menitipkan pesan bermakna.

“Jaga diri baik-baik, banyakkan minum air, jangan lupa makan, kelilingi diri dengan orang positif, hormati ibu bapa dan hargai setiap orang di sekeliling kita.

“Yang penting, sentiasa menghormati orang lain, siapa pun mereka,” katanya.

Berkongsi tentang perjalanan seninya, Jazmy mengakui cabaran terbesar ialah memperbaiki diri sendiri dan mengatasi rasa takut berdepan khalayak.

“Saya selalu rasa banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

Selain itu, saya dulu takut nak jumpa orang ramai. “Tapi alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya makin berani. Sekarang bila ada program macam ni, saya makin gembira sebab dapat berjumpa terus dengan peminat,” katanya.

Menutup bicara, Jazmy sempat belajar satu frasa mudah dalam dialek Sarawak untuk mendekatkan dirinya dengan peminat tempatan, iaitu “Kamek sayang kitak.”

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU