ARTIKEL

Jejambat Batu 10 dibuka secara rasmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jejambat Batu 10, yang merupakan sebahagian daripada projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dibuka secara rasmi untuk orang ramai, hari ini.

Perasmian pembukaan jejambat berkenaan disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, dalam majlis yang diadakan di sini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof melakukan simbolik perasmian jejambat Batu 10 di sini, hari ini.

Jejambat Batu 10 adalah salah sebuah jejambat di bawah jajaran Seksyen Jalan Kuching Serian, yang merupakan satu daripada tiga jajaran seksyen di bawah Pakej Kerja 02 dari Sematan ke Jalan Kuching-Serian.

Projek ini bermula pada 1 November 2016 dengan kos keseluruhan pembinaan berjumlah RM323 juta termasuk jejambat Batu 4, Batu 6 dan Batu 7.

Melalui pembukaa jejambat Batu 10 ini, ia akan memudahkan aliran trafik antara Kuching, Padawan dan Siburan.

Projek ini juga menjadi pemangkin kepada pembangunan di sepanjang jajaran contohnya Puncak Borneo, Mambong, Landeh, Kampung Panchor dan Tapah dengan akses jalan raya yang lebih baik.

Justeru bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, pemandu dinasihati mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan iaitu 60 kilometer sejam dan tidak dibenarkan untuk berhenti mengambil gambar, beriadah dan berehat di atas jejambat.

Jejambat Batu 10 yang dibuka secara rasmi, dengan disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU