ARTIKEL

Jenayah indeks Kota Samarahan meningkat dua bulan pertama 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Jenayah indeks di daerah ini mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 58 kes berbanding 56 kes pada tahun 2022, kata Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Brodie Brangka.

Beliau memberitahu, bagi tempoh Januari hingga Februari, kes rogol dan kes pecah rumah merupakan penyumbang utama kepada peningkatan kes jenayah indeks.

Brodie menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima sempena Peringatan Hari Polis Ke-216 di IPD Kota Samarahan, di sini hari ini.

“Tahun lepas, satu kes rogol dalam tempoh Januari hingga Februari, manakala tahun ini empat kes.

“Bagi kes pecah rumah malam hari juga meningkat dari lima kes tahun lepas kepada 12 kes tahun ini,” katanya pada Peringatan Hari Polis Ke-216 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, di sini hari ini.

Brodie memotong kes sebagai simbolik sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 di IPD Kota Samarahan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Brodie turut mendedahkan bagi kes narkotik, seramai 456 orang ditangkap pada tahun 2021 dan jumlah tangkapan meningkat pada tahun 2022 iaitu seramai 525 orang.

“Tangkapan tersebut melibatkan pelbagai kesalahan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagi Januari hingga Februari 2023, jumlah tangkapan adalah seramai 127 orang berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu seramai 96 orang,” katanya.

Turut hadir, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Deputi Superintendan Rafhan Kepli, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Deputi Superintendan Abdul Razak Musa dan tetamu jemputan yang lain.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)