ARTIKEL

Rudzaimeir pada sidang media sempena penganjuran Retro Zumba dan Aerodance yang dijadualkan berlangsung pada 13 September depan di Hotel Waterfront Kuching, hari ini.

Jerebu: DBKU pantau bacaan IPU, tiga acara hujung minggu mungkin ditangguh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penganjuran beberapa acara di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hujung minggu ini akan ditentukan berdasarkan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) susulan keadaan jerebu yang membimbangkan ketika ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU, Rudzaimeir Malek berkata, tiga acara dijadualkan berlangsung hujung minggu ini, masing-masing pada 15 dan 16 Ogos.

Katanya, Musical@Museum Ground akan berlangsung pada Sabtu, 15 Ogos, manakala Kuching Car Free Morning serta Kebaya Walk yang dianjurkan Kelab Alamanda DBKU dijadualkan pada Ahad, 16 Ogos.

Rudzaimeir (empat kiri) merakam gambar kenangan bersama-sama wakil PERKIM.

“Melihat keadaan semasa, DBKU juga berbincang di peringkat pengurusan tertinggi dan kita membuat keputusan untuk memantau keadaan jerebu berdasarkan bacaan IPU.

“Kita tengok semalam dan hari ini, bacaan IPU meningkat.

Jadi, kita akan lihat pada Rabu apakah trend, sama ada meningkat atau menurun.

Kalau meningkat, kita mungkin terpaksa membatalkan atau menangguhkan acara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran Retro Zumba dan Aerodance yang dijadualkan berlangsung pada 13 September depan di Hotel Waterfront Kuching, hari ini.

Tambahnya, DBKU juga akan akur dengan arahan pihak berkuasa serta terus memantau perkembangan bacaan IPU dari semasa ke semasa.

Menurutnya, seperti nasihat Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman, warga bandar raya turut diingatkan supaya menjaga keselamatan dan kesihatan diri masing-masing sepanjang tempoh jerebu.

Sementara itu, berkaitan penganjuran Retro Zumba dan Aerodance, beliau merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) kerana menjadikan Kuching Car Free Morning sebagai platform yang bukan sahaja menggalakkan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat, malah menjadi medium untuk menyatupadukan masyarakat.

Dalam pada itu, Rudzaimeir memaklumkan, DBKU amat mengalu-alukan sebarang kolaborasi daripada mana-mana pihak, sama ada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun sektor swasta untuk menganjurkan pelbagai acara sosial berasaskan platform Kuching Car Free Morning.

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU