ARTIKEL

Jerebu: Kuching catat IPU tertinggi di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bahagian Kuching mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi berbanding bahagian-bahagian lain di Sarawak.

Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) setakat jam 10 pagi hari ini, bacaan IPU bagi Kuching adalah 91, diikuti Sri Aman dan Samarahan (87), IPD Serian (83) dan Bintulu (67). 

Manakala, Sarikei (64), Kapit (61), Mukah (59), Sibu (57), Miri dan Samalaju (52), ILP Miri (51) dan Limbang (45). 

Namun secara keseluruhan, IPU di Sarawak pada tahap sederhana.

Bacaan IPU dikategorikan kepada lima iaitu baik (bawah 50), sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (300 ke atas).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU