ARTIKEL

Alexson menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pegawai di IPD Miri sempena Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Miri di sini hari ini

Jika ada masalah kesihatan mental jumpa pakar psikologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius mengenai isu penjagaan kesihatan dalam kalangan pegawai serta anggotanya.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, beliau membangkitkan isu berkaitan kesihatan itu demi memastikan ia tidak menjadi punca kepada penurunan prestasi warga PDRM khususnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Saya menekankan kepada semua waga IPD Miri terutama yang telah mencapai umur 40 tahun ke atas dan yang ada simptom penyakit kronik agar melakukan saringan kesihatan.

“Ini bagi menentukan tahap kesihatan diri sama ada kita mempunyai simptom penyakit atau tidak dan juga bagi mengenal pasti masalah lain seperti masalah kesihatan mental.

“Justeru, saya ingin menegaskan kepada mana-mana kakitangan yang berasa bahawa diri mereka mengalami masalah kesihatan mental seperti tekanan yang melampau, keresahan dan kemurungan, adalah disarankan agar berjumpa dengan pakar psikologi.

“Di IPD Miri ini, kita juga ada seorang pegawai awam yang ditugaskan untuk membantu menangani perkara ini, dan mereka yang berkenaan boleh mendapatkan khidmat dan nasihat dari beliau bagi mengelakkan gejala yang dialami menjadi lebih serius,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Miri di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menggalakkan warga PDRM untuk terlibat aktif dalam sebarang aktiviti-aktiviti kesukanan bagi melahirkan kakitangan yang sihat, cergas dan produktif.

“Aktiviti bersukan adalah sangat penting untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan warga PDRM agar kita semua dapat memberi sumbangan khidmat bakti dan sumbangan sosial yang terbaik kepada masyarakat.

“Selain itu, kita juga dapat mengoptimumkan keupayaan fizikal kita sebagai pegawai dan anggota polis iaitu bertepatan dengan ungkapan, minda yang cergas terletak pada tubuh badan yang sihat,” ujarnya.

Pada masa sama, Alexson juga mengambil kesempatan untuk memohon kerjasama orang ramai terutamanya masyarakat di Miri untuk terus bekerjasama dalam menyalurkan maklumat berkenaan jenayah, dadah dan juga sebarang masalah sosial yang berlaku di kawasan mereka.

Katanya, ini kerana pihak polis amat mengharapkan maklumat dan kerjasama dari orang ramai dalam memastikan daerah ini sentiasa berada dalam keadaan selamat dan aman.

Alexson bersama dengan pegawai-pegawai dan anggota PDRM serta kakitangan pengurusan IPD Miri selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Miri di sini hari ini

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU