ARTIKEL

JKNNS Siasat Dakwaan Pekerja Kedai Makan Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan pekerja sebuah restoran di daerah ini yang dipercayai membasuh lebihan makanan untuk dijual semula keesokan harinya.

Pengarah JKNNS Dr Zuraida Mohamed berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara tersebut pagi tadi dan pegawai penguat kuasa kesihatan telah ke premis itu untuk membuat pemeriksaan lanjut.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan sekarang ini dan sebarang tindakan berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian.

“Pihak kami memandang serius mengenai perkara tersebut yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia membabitkan keselamatan dan kesihatan orang ramai,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hari ini, tular di Facebook apabila seorang pengguna memuat naik rakaman dan gambar memaparkan seorang pekerja kedai dipercayai sedang membasuh lebihan makanan seperti ayam dan daging untuk digunakan semula keesokan harinya. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU