ARTIKEL

Jojo terus cipta kejutan, hanya 36 saat tewaskan juara Muay Thai Antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfika terus mencipta kejutan apabila hanya memerlukan 36 saat untuk menewaskan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares.

Lebih dikenali sebagai Jojo, 17, atlet muda itu menumpaskan Tabares dengan pukulan ‘knockout’ (KO) pada pusingan pertama dalam pertarungan ONE Fight Night 17.

Ia merupakan penampilan sulungnya di pentas Primetime US, ONE Championship, dalam kategori Catchweight yang berlangsung di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Thailand, semalam.

JoJo mewakili kelab Rentap Muay Thai Gym pada awalnya diasak lawannya itu, namun berjaya bangkit melakukan serangan balas dengan tumbukan di bahagian muka dan badan lawannya yang mewakili kelab Fighting Demons/Richard Cruz Muay Thai.

Untuk rekod, Jojo belum pernah tewas dalam lima perlawanan sejak menyertai ONE Championship pada Februari lalu.

Beliau sebelum ini melakar sejarah apabila berjaya mendapatkan kontrak ONE Championship Thailand bernilai AS$100,000 (RM467,000), selepas menumpaskan petarung Rusia, Temirlan Bekmurzaev secara knockout (KO) dalam ONE Championship Thailand.

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta