ARTIKEL

Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom bercakap pada sidang media selepas menyampaikan penggulungan kementeriannya pada persidangan DUN Sarawak.

JPVS, UPM, CENTEXS laksana kursus penternakan, pengurusan kerbau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dalam melaksanakan kursus penternakan dan pengurusan kerbau.

Menterinya, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kursus tersebut diadakan di Stesen Penternakan Maragang, Lawas dan dijangka bermula pada April 2025.

“Kementerian juga melaksanakan lima program latihan iaitu Program Latihan Pembangunan Modal Insan Luar Bandar, Pertanian Moden Lestari melalui Program Teknokeusahawanan Luar Bandar (SMART), Program Pertanian Pintar, Program Pertanian Bestari Sekolah (Untuk Sekolah Luar Bandar) dan Program Latihan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan Digital Luar Bandar,” katanya berucap sempena penggulungan kementeriannya sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Rundi berkata, program-program ini bertujuan untuk mempercepat penggunaan ICT dan mendedahkan peserta kepada konsep pertanian pintar dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Sehingga kini, katanya sebanyak 25 siri program dijalankan di seluruh Sarawak melibatkan 719 peserta.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

Jaga data privasi kita

MINGGU lepas, dan sebenarnya banyak minggu, telefon pintar saya memaparkan iklan pelaburan hanya dengan jumlah kecil, tetapi memberikan pulangan lumayan. Bayangkan pelaburan hanya RM500, kita